why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Nak Try Blogging Pulak!

Ehem… ehem!
Bismillah….Ni nak cuba2 blogging ni wei.Selama ini aku hanya dok pandai cakap pasai buat website. Orang panggil aku “cikgu website”. Tapi sapa tau rupanya aku tak tau sepatah haram pun pasai blog. Memang aku  x tau!  Bukan lawak! Baru2 ni aku berkesempatan berguru dengan seorang blogger veteran. Siapa lagi kalau bukan abg Ruslie Sophian.  Dia mai umah aku utk belajar website. Aku pun ambik kesempatan latoo dia suruh ajarkan blog kat aku. Hmm…beres!  Abg Li tak lokek & ilmu dia bukan sedikit sebagai prominent blogger.

Adapun tujuan aku buat blog ni bukan utk hentam orang. Bukan utk cari nama sebagai sifu itu dan ini. Bukan nak dipuja dipuji. Jauh dari bermotifkan politik
dan bersifat “penggodam”. Orang2 seperti RPK dan Hisham Tukar Tiub lebih layak buat keja2 ni. Cukup sekadar jadi medan kita berkenalan dan bersembang2 ilmu. Khususnya ilmu cari rezeki diinternet. Aku sendiri pun bukanlah hebat sangat pun dalam hal2 cari duit internet ni. Cuma baik sikit la dari mereka yg lebih “dungu” berbanding aku. Pernahlah juga dapat sekitar USD1300 seminggu… tak adalah sampai berjuta. Orang pakai merz, aku pun pakai merz jugak… bezanya , org pakai Kompressor….Aku pakai Masterpiece. bezanya , org bayar bank sebulan rm3000… Aku x payah bayar apa2… Kah! Kah ! Kah!….. “muka serius nk mampos! tapi pak lawak jugak…”

Kalau nak kongsi ilmu, jemput la mai belajar. Aku ajar la cara nk memancing. Berapa banyak ikan hangpa nk dapat, itu ketentuan rezeki Allah. Kalau hangpa buat x jadi jangan salahkan aku. Pasai aku dah buat pakai formula yg sama dan terbukti JADI!!!!!

Kah! Kah ! Kah!…..
Kah! Kah ! Kah!…..
Kah! Kah ! Kah!…..
sori la terjangkit perangai Hisham Tukar Tiub! Nak tau lanjut apa aku buat, bukalah stor ilmu ini. http://bestwebskill.com

 

 

Share on Facebook

Share