why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Dari Bawah Bayu Dia Datang ……

dari jauh dia datang...

Peserta Dari Negeri Bawah Bayu Miss Hew bersama Abg RuslieSophian dan Abg Chob

Sebaik selesai menghirup kopi keras pada pagi itu, aku dikejutkan dengan satu panggilan.

“Hello Bang Chob, saya Miss Hew dari Kota Kinabalu” . “Saya mau book tarikh utk training la…Bila ada kosong? kalau boleh dalam bulan depan. Saya mau book ticket flight. Kakak saya pun mau ikut juga. Saya ingat mau book hotel tapi rasa awal sangat la. Tak apalah Bang Chob just bagi saya satu tarikh yang¬† sesuai dalam bulan depan. Hotel saya akan uruskan kemudian. ” dia bercakap non-stop langsung tak beri aku peluang mencelah.

“OK la Miss Hew just pilih sendiri tarikh yang sesuai. saya akan reservekan. Jangan risau tentang jadual kursus sebab saya tetap beri peluang terutama pada yang datang dari jauh macam Miss Hew.” aku memberi beliau keyakinan dan jaminan.

“Oooo itu macam ka? Ok lah Ok lah. Besok pagi saya bank-in dan inform abang. Tapi yang mau belajar saya satu orang sahaja tau. Kakak saya ikut untuk shopping2 saja” kata Miss Hew.

“Ok lah tu, sorang belajar sorang lagi makan angin …. balek boleh kongsi2 ilmu” aku menyokong. Namun dalam hati aku agak hairan apa yang mendorong gadis ini untuk membuat bayaran dengan begitu pantas sekali, sedangkan kursusnya bulan depan (hampir satu bulan lagi). Apa yang membuatkan beliau begitu yakin dengan bengkel akuhingga sedemikian rupa. aku tak tahu apa sebenarnya. Mungkin aku boleh bertanya pada beliau bila dah sampai nanti. tapi sebulan lagi la….. betul2 serius ke amoi ni? tanya hati kecil aku.

Besoknya seawal jam 10.00 pagi telefon aku telah berbunyi dengan tone mesej. “Abg Chob, saya dah bank-in rm390. nanti saya bagitau bila tarikh kursusnya” itu sms dari Miss Hew. Fulamak!! dia serius gila rupanya mau hadir ke bengkel. aku ingatkan dia mahu try-try test tengok betulkah bengkel aku ini wujud. Bayangkan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Padang Serai melalui Penang Airport dah berapa kosnya tu. Kena ambil teksi dari airport ke padang serai pula dah berapa pula tambangnya. RM80 dah tentu hangus dengan teksi saja. Saya termenung sejenak cuba bayangkan betapa gadis ini memiliki satu kekuatan yang luarbiasa sehingga mendorong beliau sampai ke Padang Serai.

Bila sampai tarikh yang ditetapkan, beliau sekali lagi menelefon aku menyatakan beliau sedang dalam perjalanan menaiki teksi dari Penang Airport ke Padang Serai. Tak sampai pun 1/2 jam selepas tu sebuah teksi merah berhenti betul-betul di depan rumah aku. Aku lihat seorang gadis TiongHua turun dan membayar tambang. Aku terus mempelawa beliau masuk ke bengkel di ruang tepi sebelah luar rumah aku.

“Ini passwordnya, Miss Hew bolehlah cuba dapatkan connection ke WiFi saya ok. Sementara tu saya nak keluar sekejap menjemput sorang lagi kawan kita yang nak join kelas sama-sama hari ni. Dia ada di Homestay Sri Serai. Tak jauh dari ini. hanya 5 min saja kalau berjalan kaki. Tunggu ya!”

Aku pun keluar untuk menjemput peserta bengkel aku yang seorang lagi. Beliau yang aku maksudkan tidak lain dan tidak bukan merupakan seorang blogger berpengalaman yang datang ke padang serai atas jemputan aku juga. Kami ada “Projek Mega”¬† dalam perancangan. Siapa lagi kalau bukan Abang Ruslie Sophian, penulis script TV tersohor yang juga merupakan seorang bekas pelumba kereta & motosikal satu ketika dulu. Beliau pernah menguasai Litar Batu 3 Shah Alam dan Penang Esplanade. Kami bertiga habiskan lebih 2 hari bersama sehingga bersurai di stesen bas Padang Serai lewat petang itu….

Miss Hew datang ke Padang Serai

Miss Hew sempat menggayakan tai chii sementara menunggu bas no 52 datang untuk membawanya ke Butterworth.

Aku sempat bertanya dengan Miss Hew, apa yang mendorong beliau datang ke Padang Serai? Jawab beliau rengkas, “Saya sudah lihat bukti kejayaan orang Sabah yang pernah belajar dengan Abang Chob”. Aku terdiam sejenak dan kemudian bertanya.” Kat Kota Kinabalu tak ada ke orang yang mengajar website?” Dia jawab simple saja.” Ada ke tak ada ke saya tak peduli sangat….yg penting saya mahu belajar dengan abag Chob.”

Aku hanya mampu tersenyum, terharu, bersyukur, mendapat kepuasan dan seribu keyakinan untuk meneruskan perkongsian bijak ini. Terima kasih Miss Hew dan Abg Ruslie. Mudah2an pertemuan kita tidak berakhir di sini. Panjang umur kita jumpa lagi.

Share on Facebook

Share