why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Mandi Sungai

mandi sungai bersama rakan2

lebih kurang macam ni la aku buat summersault dulu2....bezanya aku dalam keadaan "t******** bulat" ;)

Semalam hujan lebat meleret-leret membawa kepagi. Belum sempat aku menghabiskan pek nga (lempeng pisang) dengan “kopi semalam”, kawanku Mat Not dah memekik2 dari bawah pokok asam dua pemeluk agak2 sepelaung dari pondok buruk kediamanku. Mid & Dolah pun ada sama. Woi Usop!  Jom pi mandi sungai!! jeritnya melalui mulut yg muncung dalam corong dua tapak tangannya yg kematu.  “Bawa terebei (lastik) sekali woi! . Aku dah faham dah, ini mesti mau latoo kelawar yang sedang bergayut2 kekenyangan kat pokok tai atas banggol tepi sungai.

Dengan lastik tersisip dipinggang, kami melangkah gagah menghala ke sungai setanak nasi juga jauhnya sebab kami cuma pukul kaki saja meredah belukar dan kebun tembikai apek Ah Heng yang sedang berbuah lebat. Buah2 sulong saiz tok pek kong bergelimpangan di sana sini. “Tunggu kau”, bisik hati2 kami. Kami melangkah terus meredah semak. Semalu mengguris tapak kaki, senayan menghiris betis kami buat tak kisah jer. Apa tidaknya, kaki hanya berlapekkan Selipar Jepun yang dan berkali2 putus tali hidungnya. kami ikat dengan getah gelang dan kain perca jer.

Akhirnya kami sampai ke sungai. Kelihatan air deras  ke hiliran. Masih kuning keruh warna tanah liat. Mat Not, Mid & Dolah  dah tak sabar2 lagi dah. Terus melucutkan seluar jerut masing2 dan menggantungnya pada hujung ranting dari banir pokok keriang tumbang. Dengan “burung” yang terpamer jelas, selamba jer mereka memanjat dahan keriang yang menjulur merentang sungai dan mula membuat terjunan sulung. Aku pun apa lagi, takkan nak jadi penonton saja. Sepantas kilat seluar jerut kulucutkan. Aku kuis saja ke tepi selipar putus tali dan menyertai mereka. Dengan saiz badan aku yg kecil melidi, aku panjat satu level lebih tinggi dari mereka dan memulakan aksi summersault yang pertama! Melopong  geram Mat Not tengok aksi aku. Dia tak berani nak henjut kuat bimbang dahan patah. Maklumlah badannya hampir 2 kali aku. Mid & Dolah tak ketinggilan tiru aksi aku. Mad Not pun tak tahan ikut belasah sama. Sekali dia menghempaskan badan ke air, BERDEBUR!!!!! nyaris kering air sungai dibuatnya.

Hari itu, hampir  3 jam kami berpesta di sungai. Satu badan penuh berdaki air tanah. Setiap helai bulu roma kelihatan seperti benang carpet gebu kuning. Tiba2 sayup kedengaran tok! tok! tok! tok! tok! tok! tok!…..bunyi ketuk2 dari surau memanggil orang2 kampung berjemaah zohor. Kami gosok2 daki berlebih kurang dan cepat2 menyarungkan seluar jerut masing2. Terbayang ibu tua di rumah yang mungkin sedang merebus pucuk ubi. Ulaman pelengkap kepada asam pedas puyu dengan buah setoi. Anak2 puyu, keli dan haruan memang cukup jenuh. Ibu hanya cekup dicelah2 kerdap dan kat lopak2 kecil dalam petak. Hari2 masak asam pedas. Kadang dengan buah setoi, kadang dengan ubi kayu, kadang dengan pucuk asam jawa, kadang dengan kulit tembikai…tak jemu2 jadi hidangan harian…….. itulah diet utama aku masa tu. Mana nk merasa siakap tiga rasa.… Jauh sekali nak merasa beef steak atau burger. KFC pun belum sampai ke Malaysia. Memanglah amat daif dan sangat tidak seimbang zat makanan kami waktu itu, tapi setidak2nya dengan  rezki Allah pemberian alam ini dapatlah aku dan keluargaku juga rakan2ku meneruskan kelangsungan hidup kami. Hidup juga aku sampai ke hari ini… dapat jadi cikgu website lagi hehe…

Akan ku catatkan lagi rona2 kehidupan masa silamku jika ada yang sudi menghayati.

Abang Chob cikgu website

Kursus Website Solo di Padang Serai

 

Share on Facebook

Share