why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Archive for July, 2011

Tiga Sekeluarga Berpandangan Futuristik

Bukan senang nak cari 3 sekeluarga dari 2 generasi yang berpandangan futuristik begini....

Setelah beberapa kali menunda tarikh kursus akibat cuti yang tidak selaras, Hujung minggu lalu aku menerima kunjungan 3 sekeluarga dari Bachok Kelantan. Bukan dekat tu yer! Kalau memandu ikut lebuhraya Timur Barat mau lima jam. Itu belum termasuk lagi time singgah makan & solat kat Musolla Mustaffa Mohamad di Jeli.

Apa pun mereka meredah segala halangan geografikal tersebut dan selamat sampai ke Pdg Serai pada petang Jumaat. Mereka singgah kat rumah aku sekejap sekadar mengesahkan tempatnya betul. Takut tersalah lokasi maklumlah pertama kali menjejakkan kaki ke Pdg Serai. Selepas bersembang sepatah dua, mereka terus ke Penang bermalam di rumah saudara terdekat mereka. Bukan jauh sangat Pdg Serai ke Penang…dalam setengah jam drive saja..

Hari sabtu kursus bermula. Awal2 lagi mereka dah sampai. Semangat memang waja…. Cikgu Rashid, anaknya Fadzlan dan menantunya Shima masing2 dan bersedia dengan laptop lengkap dengan segala keperluan persediaan seperti yang telah aku gariskan dalam http://bestwebskill.com

Kerja jadi mudah…. masing2 dah ada asas mengendalikan laptop. Masing2 dah pernah mencuba. Cuma percubaan mereka bersifat caca marba. Tidak tersusun, tidak teratur dan tidak pasti betul tidaknya. Perlu pengesahan dan pelarasan. Inilah sebahagian kerja yang akan di lakukan dalam kursus 2 hari ini.

Fadzlan sudah ada knowledge yang jitu tentang hardware komputer dan dah kenal beberapa software yang kerap diguna dalam membina website. Beliau berkelulusan Komputer Science. Memang la power!! Cuma yelah… apa yang diajar oleh lecturer dalam lecture hall adalah teori semata2. Tapi yang aku nak ajar di bengkel ini adalah applikasinya….iaitu cara buat website yang menepati syarat web jualan yang mampu menjana pendapatan dari internet… Teori dan applikasi memang tak sama….jadi nampak jelas ini dua pendekatan yang samasekali berbeza.

Berlatarbelakang pendidikan agama, Shima cool saja… nampak relax. Tapi apa yang aku ajarkan dia kuasai 100%. Kalau otak dah bersih tu apa saja yang diajar mudah terima. Selamber saja dia designkan header websitenya, masukkan text dalam format yang cantik, masukkan imej2 yang menarik, masukkan butang bayaran online banking dan paypal sehinggalah selesai masukkan anchor text dan buat navigation bar sehingga terhasilnya hyperlinks yang saling menghubungkan 5 pages yang berlainan.

Hari kedua nampak mereka lebih excited bila aku mula masuk tajuk Cara2 Memasang Sistem Autoresponder. Barulah masing2 faham apa peranan Autoresponder dalam internet marketing. Barulah mereka mula faham apa yang selalu disebut “Hantu Raya”. barulah mereka mula faham istilah “Buat Duit Sambil Tidor” dan seumpamanya. Rupanya banyak rahsia meniaga internet yang boleh dikongsi di bengkel website Abg Chob ni….. http://bestwebskill.com

jerok setol bachok

aku latoo sampai cirit...!!!

Tima kasih cikgu!

Sebab bawa jeruk setoi dari Bachok untuk ambo….Makaseeeeiiiii!!!!!

Aku colek jeruk setoi sampai naik cirit.!!!! Aku memang suka asam setoi ni sejak kecik lagi……

Share on Facebook

Share

Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - July 25, 2011 at 12:46 pm

Categories: Kisah Bengkel   Tags: , , , , , ,

Nota Free Tak Nak Ke?

Tutorial 14 – Cara Keluarkan (Withdraw) Duit Dari Akaun PayPal

Bagaimana pulak kita nak keluarkan duit dari paypal??
OK kita boleh withdraw ke mana2 bank akaun tempatan yang kita ada.
Sekarang dah x macam dulu…. kebanyakan bank tempatan  sudah boleh
berurusan dengan Paypal dalam proses mengeluarkan duit dari akaun paypal. 

stepnya:
Dari laman My Account PayPal—- klik Withdraw
Klik pada link Withdraw to your bank account
(lihat pada kadar wirhdrawal fees yg dicaj oleh bank)


Jika anda belum pernah  link kan PayPal ke mana2 akaun bank anda
sila lakukannya sekarang dengan mengisi borang daftar berikut
Dah siap isi klik Continue

Bank Name dan Routing Code  untuk bank2 malaysia adalah seperti berikut
(Anda boleh lihat paparan ini bila menekan butang Details dihujung petak MEPS bank routing Code)

Setelah selesai melakukan link ke bank anda
Klik Withdraw sekali lagi.
Anda akan lihat Nama  bank yg anda link kan tadi siap tercatat dalam senarai
sebaik anda klik Withdraw to your bank account.
Masukkan saja jumlah yang nak di withdraw dan klik Continue.

Then Review maklumat yg anda masukkan pastikan tepat dan klik Submit

Tunggu 2(dua) hari bekerja
Duit sudah dipindahkan dari PPal ke Akaun bank anda

 

Saya syorkan anda ulangi beberapa kali sampai mahir.
Namun jika masih perlukan bimbingan saya secara secara berdepan
Saya pelawa anda hadir ke bengkel website selama 2 hari yang saya anjurkan di:
http://bestwebskill.com
Kita jumpa di tutorial seterusnya ok!

Kalau hangpa nak tutorial lengkap dari mula, Isikan nama dan email di ruangan Nota Kursus Percuma dalam petak kuning kat sebelah kanan atas tu dan klik Emailkan Saya Segera! Nanti dapatlah nota lengkap… Aku bagi free saja la…

Share on Facebook

Share

Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - July 23, 2011 at 11:08 pm

Categories: Berita Semasa   Tags: , , , , , , , ,

Bukan Senang Nak Senang….

orang muda belajar website

Zulqomar & Nikman merupakan anak mudah gigih pemilik busana sendiri di Nibong Tebal

Aku tersentuh bila melihat kesungguhan peserta2 bengkel aku menimba ilmu dan mempertajamkan kemahiran masing2.

Walaupun kelas aku hanya bermula pada jam 9 pagi, peserta2 muda ini datang seawal jam 8 pagi untuk mengesahkan lokasi kursus. maklumlah pertama kali menjejakkan kaki ke Padang Serai. Sebuah pekan kecil yang tak kelihatan pun dalam peta dunia.

Kepantasan penguasaan ilmu website ini memanglah tak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Sebab itulah aku pastikan kelas aku sentiasa kecil. Supaya dapat aku berikan perhatian mengikut speed penerimaan peserta.

 

peserta baling

Biar terpaksa berpatuk2 ayam... belasah jugalah kak...saya tak marah...

Walau terpaksa bersusah payah membiasakan diri dengan laptop, datang juga belajar, jangan mudah mengalah. Aku kagum dengan kesungguhan 2 peserta dari Baling ini.

Dah berkali2 minta tangguh dan tunda tarikh kursus sebab selalu clash dengan tugas resmi. Tapi akhirnya dapt juga peluang hadir.

Bukan main seronok depa belajar sampai tak mau balek. hehe! masing 2 pasang niat nak mai lagi buat ulangkaji sebab tempoh kursus  2 hari dirasakan seperti tak cukup…

 

 

 

peserta pendang dan penang

Bro Man dari Pendang & bro Ismail dari Penang..

Yang ni pulak brother Azman dari Pendang dan Abg E-Smile dari Penang.

Aku panggil Abg Mae, sebab bro Ismail ni lebih senior dari aku lagi.  Aku tabek dengan bro Ismail ni sebab cuba ko bayangkan… dah la semalaman kerja shift sampai lewat pagi. Datang awal pulak tu ke kursus website ni. Dan sepanjang kursus tak tunjukkan langsung rasa ngantuk. Fulamaaaak..power beb!! Inilah ciri2 org yang bakal berjaya…

Bro Azman  yak usah citer la… orang muda…. power pick up dier… Top Gear  selalu!!  Tengoklah betapa khusyuknya dier…

 

 

bukti kegigihan

Amirul dan Khairul yang sanggup bersusah payah datang walau terpaksa bertongkat...

Minggu ni aku terima peserta dalam pelbagai kategori. Org lama, org baru, orang muda, orang sihat malahan orang sakit pun sanggup datang.

Bro Khairul  ni contohnya, masih sakit lagi. Belum pulih sepenuhnya dari kesan kemalangan yang dialami sejak beberapa bulan yang lalu. Tapi cuba lihat kesungguhan beliau…. wow! aku angkat topi dengan anak muda ini !!!  Bukti kesungguhan beliau terserlah. Cuba lihat website yang beliau hasilkan ini www.onestop2u.ws . Bayangkan ini hanyalah hasil kerja beliau selama 2 hari saja…. Potensi beliau memang cukup terserlah. Aku yakin Khairul pasti boleh pergi jauh….

Apa kurangnya dengan Amirul…anak muda yang sudah sekian lama menjadi subscriber tetap aku. Kelmarin dia call, hari ni terus datang! tak ade tangguh2 dah….. Memang dia pasang cita2 tinggi, setinggi tubuhnya yang lampai….

Semoga semuanya beroleh kejayaan yang diidam2kan. Amiin…..

 

 

Share on Facebook

Share

Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - July 20, 2011 at 2:09 pm

Categories: Kisah Bengkel   Tags: , , , , , , , , , , ,

Share this Article
Share on FacebookThis is the home page.Bestwebskill Training Services – PG (002060530-U)0
Share
StatPressVisits today: 84
Who's Online

3 visitors online now
1 guests, 2 bots, 0 members
Map of Visitors
Powered by Visitor Maps

Next Page »