why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Bukan Senang Nak Senang….

orang muda belajar website

Zulqomar & Nikman merupakan anak mudah gigih pemilik busana sendiri di Nibong Tebal

Aku tersentuh bila melihat kesungguhan peserta2 bengkel aku menimba ilmu dan mempertajamkan kemahiran masing2.

Walaupun kelas aku hanya bermula pada jam 9 pagi, peserta2 muda ini datang seawal jam 8 pagi untuk mengesahkan lokasi kursus. maklumlah pertama kali menjejakkan kaki ke Padang Serai. Sebuah pekan kecil yang tak kelihatan pun dalam peta dunia.

Kepantasan penguasaan ilmu website ini memanglah tak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Sebab itulah aku pastikan kelas aku sentiasa kecil. Supaya dapat aku berikan perhatian mengikut speed penerimaan peserta.

 

peserta baling

Biar terpaksa berpatuk2 ayam... belasah jugalah kak...saya tak marah...

Walau terpaksa bersusah payah membiasakan diri dengan laptop, datang juga belajar, jangan mudah mengalah. Aku kagum dengan kesungguhan 2 peserta dari Baling ini.

Dah berkali2 minta tangguh dan tunda tarikh kursus sebab selalu clash dengan tugas resmi. Tapi akhirnya dapt juga peluang hadir.

Bukan main seronok depa belajar sampai tak mau balek. hehe! masing 2 pasang niat nak mai lagi buat ulangkaji sebab tempoh kursus  2 hari dirasakan seperti tak cukup…

 

 

 

peserta pendang dan penang

Bro Man dari Pendang & bro Ismail dari Penang..

Yang ni pulak brother Azman dari Pendang dan Abg E-Smile dari Penang.

Aku panggil Abg Mae, sebab bro Ismail ni lebih senior dari aku lagi.  Aku tabek dengan bro Ismail ni sebab cuba ko bayangkan… dah la semalaman kerja shift sampai lewat pagi. Datang awal pulak tu ke kursus website ni. Dan sepanjang kursus tak tunjukkan langsung rasa ngantuk. Fulamaaaak..power beb!! Inilah ciri2 org yang bakal berjaya…

Bro Azman  yak usah citer la… orang muda…. power pick up dier… Top Gear  selalu!!  Tengoklah betapa khusyuknya dier…

 

 

bukti kegigihan

Amirul dan Khairul yang sanggup bersusah payah datang walau terpaksa bertongkat...

Minggu ni aku terima peserta dalam pelbagai kategori. Org lama, org baru, orang muda, orang sihat malahan orang sakit pun sanggup datang.

Bro Khairul  ni contohnya, masih sakit lagi. Belum pulih sepenuhnya dari kesan kemalangan yang dialami sejak beberapa bulan yang lalu. Tapi cuba lihat kesungguhan beliau…. wow! aku angkat topi dengan anak muda ini !!!  Bukti kesungguhan beliau terserlah. Cuba lihat website yang beliau hasilkan ini www.onestop2u.ws . Bayangkan ini hanyalah hasil kerja beliau selama 2 hari saja…. Potensi beliau memang cukup terserlah. Aku yakin Khairul pasti boleh pergi jauh….

Apa kurangnya dengan Amirul…anak muda yang sudah sekian lama menjadi subscriber tetap aku. Kelmarin dia call, hari ni terus datang! tak ade tangguh2 dah….. Memang dia pasang cita2 tinggi, setinggi tubuhnya yang lampai….

Semoga semuanya beroleh kejayaan yang diidam2kan. Amiin…..

 

 

Share on Facebook

Share