why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Archive for July, 2011

Bukti Kemajuan Bekas Peserta Bengkel Aku….

kursus cetak t shirt

mak oii… ramainya peserta “cetak duit”…. tahniah3 bro Arif…

Aku boleh berbangga dengan pencapaian bekas peserta aku yang tidak jemu2 memperkayakan ilmu penguasaan website sehingga terkenal seantero Malaya sampai ke Sabah…. memang bukan mudah untuk sampai ke taraf ini tapi semuanya mesti bermula dengan langkah pertama yang betul.

Ini email yg aku baru terima sebentar tadi…

From: Mohd Arif Ismail <fira219@yahoo.com.my>
Subject: Kursus Cetak DUIT? Biar betul…..
To: fira181@gmail.com
Date: Monday, 11 July, 2011, 12:19 PM

Assalamualikum Abg Chob.
Apa kahabar,nampaknya khabar bertambah baik.
Semakin ramai orang datang jauh dan dekat menimba ilmu website dari Abang Chob.

Masih ingat kata-kata saya dulu
” Abang Cop umpama Bomoh,bomoh ni kalau dah
handal, duduk jauh mana pun,orang akan cari’.
Dari Perlis hingga ke Sabah orang cari Abang Cop.Termasuklah saya dari Tampin.NS
sanggup ke Padang Serai mencari Abang Chop.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.Dengan ilmu website yang Abang Cop ajarkan, saya juga mampu membuatkan orang dari Perlis hingga ke Sabah datang ke Tampin cuma versinya berbeza.Mereka datang untuk belajar/kursus cetak ” DUIT “.
Kursus Cetak Duit?Biar betul….
Sila lihat bagaimana En.Fred dan isterinya dari Sabah tahu bahawa di Tampin ada

 

Kursus cetak ” DUIT “?.Mana mungkin mereka tahu kalau bukan melalui website.

 

 

 

Dari mana datangnya website itu kalau bukan Abang Cop yang mengajarnya.
Sila lihat,kursus yang saya anjurkan sentiasa penuh.Mereka ini mendapat maklumat dari website yang saya buat.Walau pun tidak secantik mana yang penting maklumat itu sampai kepada mereka.

Saya masih ingat kata2 abang Chop. ” Jangan Bercakap Besar Tentang Bisnes Internet Sebelum Anda Tahu Menguasai Ilmu Membina Website”
Memang betul kata-kata abang Chop,tidak mungkin saya menjana pendapatan setiap hari dan minggu seperti yang saya kecapi sekarang dalam bisnes internet seperti ini http://slimberryxtreme.com/?referid=bmw523i jika saya tidak mendapat ilmu kempen trafikwave dari Abang Chop.
Sebenarnya saya malu nak suruh abang Chop tengok website yang saya buat tapi sekiranya nak tengok bagaimana saya MENCETAK “DUIT”.sila klik ruangan
KURSUS di www.firadesign.com
Terima Kasih tidak terhingga buat abang Chop dan keluarga.
Jasamu tetap dikenang.

Sama2 kasih la  Bro Ariff…

Bravo!!  Nanti bawak la mai umah boleh try BMW baru tu…

 

 

Share on Facebook

Share

Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - July 12, 2011 at 12:18 am

Categories: Kisah Bengkel   Tags: , , , , , , , , , , ,

The Ultimate Learning Center

Abg Zainal & Abg Rafie dari Ampang

Kekadang aku ni boleh tahan juga sabarnya. Cool dari mula sampai habis kursus. Kekadang aku tinggikan suara sikit sampai ada yang kecut dibuatnya. Kekadang aku rasa bersalah jugak…apalah aku ni. Orang dah bayar duit RM390. datang Pdg serai kena belasah pulak!… Ada ke patut????

Walau sekeras mana sekalipun aku belasah anak2 murid aku, ternyata mereka boleh terima dan tidak berkecil hati. Ini menunjukkan mereka begitu matang dan sedia menerima cara aku.Mereka faham niat sebenar  dalam sudut hati aku. Tak lain hanya satu. Nak tengok semua orang maju…

Aku memang keras dan tidak berkompromi dalam usaha memastikan setiap anak murid aku tidak pulang dalam keadaan sama seperti keadaan mereka datang. Aku mahu lihat mereka pulang dalam keadaan yang jauuuuh berbeza. Dada mesti penuh di isi.

Baca catatan ini yang aku baru terima kira2 dua jam yang lalu, dari seorang anak murid senior aku yang aku boleh panggil bapa.  Bekas pegawai tinggi kerajaan yang dah 12 tahun pencen…. tapi aku angkat topi dengan semangat Tuan Zainal….. Tabek Tuan….. Bila nak mai lagi ???

Assalamualaikum Sifu,
Maaf kerana lambat menghubungi sifu satelah kembali dari Padang Serai.  Diharap Sifu sekeluarga berada dalam sihat walafiat sentiasa agar dapat menjalankan dan menguruskan kursus.
Sekembalinya saya ke KL terpaksa balik ke kampung saya Tampin dan berulang alek ke Melaka kerana menghadhiri upacara perkahwinan anak saudara saya di Melaka. Sebagai bapa saudara, mahu tak mahu terpaksa juga bersama-sama menolong menguruskan persiapan. Balik ke KL pada hari Ahad 3 Julai.  Baru sekarang rasa lega untuk membuka komputer.  Bertimbun-timbun emel yang belum berbaca.  Terpaksa pilih yang memerlukan tindakan awal.
Bagi pihak kawan Rafie dan saya sendiri kami ucapkan berbanyak terima kasih kpd. Sifu kerana melayani kami, terutama saya sendiri yang tiada langsung pengetahuan tentang komputer/website/ebiz. Penerimaan saya lambat sedikit jika dibandingkan dengan Rafi, mungkin dah tua agaknya. Walau bagaimanapun saya masih mengulangi kaji segala apa yang saya pelajari dari Sifu tempoh hari, walaupun slow, biar lambat asalkan dapat, insyallah.
Terima kasih atas emel yang Sifu kirim dibawah ni, dapat juga saya refer dan mengulang kaji segala apa yang saya pelajari dari Sifu.
Sekian dan sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih atas segala layanan yang diberikan kepada kami semasa berada di Padang Serai.
Zainal A.Jalil

Sama2 kasih la bang…. jangan serik la belajar dengan saya ….. mai la lagi kita sembang  sampai jadi…

Ikhlas,

Abg Chob

 

Ini barisan peserta bengkel aku sepanjang minggu lalu.


  • tok penghulu bentong
  • usahawan muda dari pahang
  • peserta bengkel dari penang dan ampang kl
  • Man Penang & Kin Ampang

    peserta bengkel website abg chob dari terengganu, baling & shah alam

    Abg Mus Tganu, Ina Baling, Dilla Shah Alam

     

     

    Share on Facebook

    Share

    Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - July 5, 2011 at 11:29 pm

    Categories: Kisah Bengkel   Tags: , , , , ,

    Aku Latoo Kaw Kaw Punyer….

    Bengkel website aku telah berjaya mempertemukan personaliti2 hebat dari pelbagai bidang kerjaya dengan latar belakang dan minat yang pelbagai. Ada yang datang dari jauh ada yang dekat. Namun nampaknya lebih ramai yang datang dari jauh sejauh Bentong Pahang dan Ampang. Minggu ini nampaknya bengkel aku di banjiri peserta2 dari Ampang. He he! tak tahulah samaada suratan atau kebetulan. Ini kisah 2 rakan karib dari Ampang.

    peserta bengkel dari Ampang

    Peserta dari Ampang

    Bila aku tanya, “Abg Zainal KL kat mana?  Ampang! jawabnya. Bro Raffie? Ampang juga! jawabnya. Ini mesti kes pakat ni. Memang ye pun sebab kedua2nya rakan kamceng…. Abg Zainal dah 12 tahun pencen,tapi fuh! masih tegap dan powerful! Selamba jer mengetuk keypad laptopnya macam steno yang hebat. Sesekali nampak macam reporter akhbar pulak…

    Bro Raffie pulak bukan main fokusnya. Ligat buat latih tubi. Sampai kadang2 mukanya rapat ke screen laptop. Maklumlah bila dah jadi orang lama sikit ni , pandangan pun jadi kembang2 sikit la. Macam aku jugak lah nampaknya. Tapi Bro Raffie ni sekali pandang masih segak lagi macam hero Hindustan. Aku kagum dengan kesungguhan dan fokus dia selama 2 hari bersama Abg Zainal di bengkel aku. Ops! sebenarnya bukan sekadar 2 hari!

    Aku minta mereka extend sehari lagi jadi 3 hari! Tanpa sebarang caj tambahan. Aku tengok ada ruang kosong sebab kebetulan tak ada peserta baru pada hari berikutnya. Mereka pulak tak ada urgency nak pulang. Jadi kami belasah satu hari lagi bertapa di bengkel aku. Aku latoo mereka berdua kaw kaw punya. Hmm mereka steady saja…. Aku memang garang giler punya. Cikgu “Chenge” kata orang Kedah. Bukan apa aku geram bila depa da nampak macam faham tapi tak berapa clear! Itu yang buat aku “bersemangat ” pulun nak bagi depa betol2 clear!!! dan faham apa depa buat.

    Alhamdulillah… 3 hari depa tak sia2 dan depa pulang dengan yakin boleh buat website. Lepas ni aku nak tengok apa hasil akhir depa. Aku minta depa hantarkan link web masing2 kat aku bila dah betul2 muktamad dan siap sepenuhnya . Aku dah sedia nak bagi depa 5 bintang!!!

    Aku pesan mereka berdua, cari peluang datang lagi. Aku nak ajar lagi sampai jadi terer!. “Tapi jangan datang dalam keadaan tak tahu nak buat apa dan tak tahu apa nak tanya …nanti kena marah FREE jer…”Abang Zainal sempat berseloroh…” ha ha memang betul! Aku jawab”. Kena tetap kena! Aku tak peduli walau pun kau bayar aku RM390. Aku belasah setara dengan harga yang korang bayar…. korang nak marah aku balek pun marah la aku x kisah.. yang pentingnya aku tahu…”AKU SAYANG KORANG….” dan aku mahu korang dapat hasil dari pengorbanan bersusah payah datang dari jauh……..:))  Jadi pastikan balek dan buat latihan berpandukan nota yang aku bagi secara step by step.

    Dengan berat hati aku hantar mereka ke homestay untuk check-out sebelum mereka ambil bas City Liner no 52 ke Butterworth. Dari Butterwroth mereka ambil bas express MaraLiner terus ke KL.  Bon Voyage!

     

    ( Nanti aku citer kisah mereka yg lain dalam post2 akan datang.) Dah dekat kul 3 pagi ni wei…mata aku pun dah layu dah….

    Share on Facebook

    Share

    Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - July 4, 2011 at 3:01 am

    Categories: Kisah Bengkel   Tags: , , , , , , , , , , ,

    Share this Article
    Share on FacebookThis is the home page.Bestwebskill Training Services – PG (002060530-U)0
    Share
    StatPressVisits today: 75
    Who's Online

    3 visitors online now
    1 guests, 1 bots, 1 members
    Map of Visitors
    Powered by Visitor Maps

    « Previous PageNext Page »