why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Tiga Sekeluarga Berpandangan Futuristik

Bukan senang nak cari 3 sekeluarga dari 2 generasi yang berpandangan futuristik begini....

Setelah beberapa kali menunda tarikh kursus akibat cuti yang tidak selaras, Hujung minggu lalu aku menerima kunjungan 3 sekeluarga dari Bachok Kelantan. Bukan dekat tu yer! Kalau memandu ikut lebuhraya Timur Barat mau lima jam. Itu belum termasuk lagi time singgah makan & solat kat Musolla Mustaffa Mohamad di Jeli.

Apa pun mereka meredah segala halangan geografikal tersebut dan selamat sampai ke Pdg Serai pada petang Jumaat. Mereka singgah kat rumah aku sekejap sekadar mengesahkan tempatnya betul. Takut tersalah lokasi maklumlah pertama kali menjejakkan kaki ke Pdg Serai. Selepas bersembang sepatah dua, mereka terus ke Penang bermalam di rumah saudara terdekat mereka. Bukan jauh sangat Pdg Serai ke Penang…dalam setengah jam drive saja..

Hari sabtu kursus bermula. Awal2 lagi mereka dah sampai. Semangat memang waja…. Cikgu Rashid, anaknya Fadzlan dan menantunya Shima masing2 dan bersedia dengan laptop lengkap dengan segala keperluan persediaan seperti yang telah aku gariskan dalam http://bestwebskill.com

Kerja jadi mudah…. masing2 dah ada asas mengendalikan laptop. Masing2 dah pernah mencuba. Cuma percubaan mereka bersifat caca marba. Tidak tersusun, tidak teratur dan tidak pasti betul tidaknya. Perlu pengesahan dan pelarasan. Inilah sebahagian kerja yang akan di lakukan dalam kursus 2 hari ini.

Fadzlan sudah ada knowledge yang jitu tentang hardware komputer dan dah kenal beberapa software yang kerap diguna dalam membina website. Beliau berkelulusan Komputer Science. Memang la power!! Cuma yelah… apa yang diajar oleh lecturer dalam lecture hall adalah teori semata2. Tapi yang aku nak ajar di bengkel ini adalah applikasinya….iaitu cara buat website yang menepati syarat web jualan yang mampu menjana pendapatan dari internet… Teori dan applikasi memang tak sama….jadi nampak jelas ini dua pendekatan yang samasekali berbeza.

Berlatarbelakang pendidikan agama, Shima cool saja… nampak relax. Tapi apa yang aku ajarkan dia kuasai 100%. Kalau otak dah bersih tu apa saja yang diajar mudah terima. Selamber saja dia designkan header websitenya, masukkan text dalam format yang cantik, masukkan imej2 yang menarik, masukkan butang bayaran online banking dan paypal sehinggalah selesai masukkan anchor text dan buat navigation bar sehingga terhasilnya hyperlinks yang saling menghubungkan 5 pages yang berlainan.

Hari kedua nampak mereka lebih excited bila aku mula masuk tajuk Cara2 Memasang Sistem Autoresponder. Barulah masing2 faham apa peranan Autoresponder dalam internet marketing. Barulah mereka mula faham apa yang selalu disebut “Hantu Raya”. barulah mereka mula faham istilah “Buat Duit Sambil Tidor” dan seumpamanya. Rupanya banyak rahsia meniaga internet yang boleh dikongsi di bengkel website Abg Chob ni….. http://bestwebskill.com

jerok setol bachok

aku latoo sampai cirit...!!!

Tima kasih cikgu!

Sebab bawa jeruk setoi dari Bachok untuk ambo….Makaseeeeiiiii!!!!!

Aku colek jeruk setoi sampai naik cirit.!!!! Aku memang suka asam setoi ni sejak kecik lagi……

Share on Facebook

Share