why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Antara “Ayat Promosi” dan Realiti

Salam rakan2 budiman. Selamat meneruskan pengisian Ramadhan.

Kebelakangan ini saya menjadi bertambah teruja dengan tawaran2 peluang buat duit di Internet. Ayat2 power yang digunakan dalam mempromosi produk dan program yang ditawarkan memang cukup hebat. Bisa “cair’ dibuatnya. Saya rasa sasaran yang paling terkesan dengan pujukan dan dendangan syahdu ini sudah tentunya mereka yang baru pertama kali mendengarnya. Kalau saya sendiri yang dah bertahun2 bergelumang dengan hal2 begini pun boleh jadi asyik dibuai kisah2 kejayaan dan pencapaian cemerlang yang di muatkan di segmen testimoninya, apatah lagi halnya dengan orang yang baru nak berjinak2 dengan perniagaan berangkai. Sudah tentu lentok habis dibuatnya.

rumah mewah ada kolam mandi

rumah mewah ada kolam mandi

Saya tak bermaksud mempertikaikan maklumat yang dihidangkan itu. Tidak dinafikan kebenarannya ada. Faktanya bukan rekaan. Memang ada yang mampu memiliki rumah mewah siap dengan ada kolam mandi lagi, ada yang mampu memiliki kereta mewah bukan sebuah tapi beberapa buah. Boleh betukar selera dan citarasa saban hari. Ada yang memaparkan penyata bank dan penyata pendapatan yang angkanya nampak menggerunkan pada pandangan orang yang berfikir, namun pasti mengujakan fikiran orang yang mengharapkan bulan jatuh keribaan. Dan saya juga pasti lebih ramai yang memilih untuk “mengharap” dan berkhayal berbanding mereka yang berfikir. Tak dapat jadi kaya, dapat “feel”nya pun jadilah…. Itulah kesan “Ayat Promosi” yang menjadi senjata utama dalam apa saja perniagaan yang melibatkan rangkaian tak kira samaada online atau off.

Berapa ramai yang mampu memandang “menembusi” screen tersebut? Di belakang tabir sana apa sebenarnya? Mungkin realitinya hanya berkocak dan berkecamuk dalam minda tuan yang empunya diri sahaja. Besar periuk besarlah keraknya. Kalau dah bergelar jutawan dan dikenali sebagai jutawan tak kan mahu tinggal di rumah teres lagi? Paling lekeh pun cari lot banglo. Kalau tak di Bukit Damansara pun mungkin kat Rawang atau Batang Berjuntai. Janji banglo! Kompaun mesti besar sebab nak muatkan 3 atau 4 buah kereta mewah. 4WD lagi. Motor besar lagi. Pendek kata gaya hidup mesti sesuai dengan status.

Kompressor

Tapi yang empunya diri tak akan cerita pada kita berapa jumlah installment rumah dan 4 buah keretanya yang terpaksa ditanggung setiap bulan. Setiap buah kereta mewah tu pulak harganya dah mencecah atau mungkin lebih mahal dari harga banglo itu sendiri. Kalau nak dikatakan semuanya siap bayar cash….hmmm mungkin berat kepada tidak kot…. sebab orang jarang2 meletakkan pelaburan tunai yang besar kepada aset mobile seperti kereta sebab susut nilainya yang pantas. Rumah mungkin kot… tapi cuba fikir2kan semula, orang kaya ni banyak sangat ke modal tunai? Mungkin ya mungkin tidak….
Dari banyak pemerhatian, aku rasa, segala “kemewahan” yang ditonjolkan itu lebih kepada keterpaksaan dan bertujuan untuk digunakan sebagai “scissors” untuk “memotong kepala” lebih ramai peserta2 baru. Tapi ini hanya pandangan saya saja…. mungkin iya mungkin salah. Saya sendiri pun belum pernah merasa jadi jutawan. Belum pernah diuji dengan duit sebanyak 1 juta.

rolex

Rolex Made in Thailand?

Apa pun hal ini bukannya satu yang negatif. Dengan adanya scissors, jualan boleh mencanak secara exponential sebab orang lebih mudah yakin bila melihat bukti fizikal. Baru saja nak buka cakap, prospek dah tanya kat mana nak sign? Ini lumrah manusia. Jadi tidak ada salahnya scissors digunakan sebagai senjata jualan. Yela kita kena acknowledge… kawan kita pernah lalui zaman susah sebelum sampai ke tahap mampu membina scissors sendiri, dia tentunya telah bertungkus lumus pagi petang siang malam membuat prospecting, cold canvasing dan closing. Itu bagi yang buat bisnes secara tradisi atau offline. Bagi yang buat secara online pula, mungkin dah berpuluh2 ribu modal dah dihabiskan untuk berkursus bina website dan promosi berbayar di Google Adwords, Facebook atau akhbar online. Entah berapa banyak airmata yang telah tumpah. Yang pastinya mereka telah berusaha walaupun faktor nasib ada memainkan peranan juga. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pepeh tidak datang melayang. Apa salahnya sekarang mereka menuai hasil pelaburan masing2. Asal saja mereka bijak menguruskan kekayaan masing2.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah:
1. Ayat promosi bunyinya memang mengancam, namun realiti disebaliknya tidak seindah yang dipamerkan. Nama pun promosi ya? Macam iklan biskut cap harimau la…Biskut Tiger!!!. lepas kunyah secubit biskut terus jadi kuat macam harimau… hehe. Nasib baik iklan Tongkat Ali atau Viagra tak dibenarkan kat TV.  Saya tak tahu lah…. apa kan jadi. mahu pecah screen TV tu rasanya yer! Maklumlah kuat pukulannya!!

2. Jangan jadikan kejayaan Top Figure atau Top Producer sesuatu product atau program sebagai kayu pengukur dalam kita membuat penilaian dan keputusan. Dikhuatiri kita akan mengalami kejutan electron apabila menyedari apa yang diimpikan tidak tergapai tangan.

3. Buat penilaian berdasarkan minat, kecenderungan dan kemampuan diri sendiri. Mengapa? Tak boleh ke aku nak kaya macam mereka? Boleh…. tapi jika kita buat sesuatu berdasarkan minat dan kecenderungan, bisnes boleh bertahan lama. Faktor masa ini penting untuk melihat hasil tuaian kita. Tidak ada jalan pintas. Jadi kena bertahan la… jika tak ada minat dengan apa yang kita buat, macam mana nak bertahan? Tak gitu?

4. Perkemaskan diri dengan pengetahuan produk yang relevan. Cth Jika kita nak jual insurans, pastikan semua terms bagi setiap plan yang kita nak cadangkan kepada prospek semuanya ada dalam kepala dan boleh cerita dengan lancar tanpa perlu rujuk kertas berkajang2. Petik jari jer idea bernas semua keluar. baru orang confident.

5. Pilih pendekatan yang sesuai dengan sifat semulajadi diri sendiri. Jika anda dari jenis yang suka bercakap banyak dan merasakan lebih yakin membuat jualan secara 1 on 1 tabletalk, teruskan dengan cara tersebut dan lihatlah hasilnya yang pasti menggalakkan. Namun jika anda lebih suka isolated tapi anda sedar akan adanya satu lagi medium pemasaran alternatif yang hebat iaitu Internet, maka anda perkemaskanlah diri dengan set ilmu pengetahuan yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Dengan memanfaatkan Internet, anda sebenarnya boleh jimatkan baaaaaanyak masa, jimatkan baaaaanyak kos transport, jimatkan baaaaaanyak air liur, jimatkan baaaanyak pergerakan fizikal. Anda hanya perlu laburkan sedikit masa dan sedikit modal untuk berguru dengan orang yang benar2 serius mengajar supaya anda mampu membina website jualan sendiri seterusnya mampu melakukan promosi online dengan berkesan. Anda boleh pilih platform yang sesuai samada ingin membina kedai maya (website jualan) anda atas domain sendiri atau boleh juga dibuat di atas platform percuma seperti di Facebook atau di blog WordPress contohnya.

jom bina kedai maya

jom bina kedai maya di facebook

Saya sangat2lah mencadangkan anda cuba kuasai ilmu pemasaran online ini kerana hakikatnya inilah trend busines masa hadapan. Tak kira samada anda suka ke tidak, angin perubahan tetap bertiup kencang masuk menerusi jendela terus ke dalam rumah anda. saya sudah membayangkan dalam sedikit masa saja lagi, akan ada satu laptop dalam setiap rumah. Surirumah hanya memesan ikan dan sayur melalui laptop di penjuru dapur. Pada masa itu online business bukan lagi sesuatu yang luarbiasa…….

www.abgchob.com
www.facebook.com/smartbook

Share on Facebook

Share