why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Angka Keramat 4949

Salam Eidulfitr buat semua rakan kenalan yang saya  kasihi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Abg Chob & famili

Agak keletihan juga setelah selesai melakukan kunjungan silaturrahim ke beberapa buah rumah sanak saudara dan sahabat handai sekadar yang sempat. bagi yang tak berkesempatan singgah, mohon kemaafan dari jauh saja lah. Apa nak dikata, dalam kekangan masa dan tuntutan keadaan luarjangka tidak memungkinkan saya menunaikan setiap hajat walau hati ingin benar untuk menunaikan hajat sahabat2….

pusara ayahanda tercinta

pusara ayahanda tercinta

Tanggal 4 September tahun ini merupakan tarikh keramat bagi saya. Apa tidaknya? Pada tarikh 4 hb -9 inilah saya menjengok dunia kira2 49 tahun yang lampau. Syukur dan terimakasih kepada arwah ibu dan ayah yang telah mencalonkan saya sebagai salah seorang pelakon dipentas dunia yang mencabar ini. Saya pasti gemulah2 ini tidak pernah terfikir pada zaman itu bahawa cabaran yang menunggu anaknya ini 49 tahun kemudian akan menjadi sehebat ini….. Memang dahsyat…. Namun dari manifestasi minda kedua orang tua yang berpandangan jauh, anak kecil ini (yang kini berusia 49 tahun) telah dibekalkan dengan ilmu secukupnya untuk menghadapi masa depan walaupun setelah mereka berdua telah kembali ke sisiNya. Alhamdulillah, setiap lengkok dan selekoh tajam dapat saya ambil dengan sempurna dan selamat. Tidak terbabas. Saya mampu menari mengikut rentak yang dimainkan. Walaupun saya lahir di zaman joget lambak, saya tetap mampu menari rentak rock dan rap jika itu yang dimahukan.

bengkel bina website pilihan ramai sejak dulu hingga kini

bengkel bina website pilihan ramai sejak dulu hingga kini

Adakah anda juga mampu lakukannya? Jawabannya Ya! jika ada kemahuan dan kesungguhan. jangan takut untuk mempelajari sesuatu yang baru jika hal tersebut sah diterima menjadi trend semasa. Jangan katakan TIDAK BOLEH ! yang tidak boleh hanya 2 golongan yang saya yakin anda pun tak mahu join mereka ini.  Golongan 1 orang pengecut. Golongan ke-2 orang yang mati sebelum masa. Jika Facebook kini jadi medan niaga yang paling top, JANGAN cuba nafikannya. Ayuh kita sama2 masuk gelangganag dengan persediaan sewajarnya. Kita fight! sampai menang! Kalau tak tahu macam mana nak mulakan atau di mana nak mulakan, inilah yang saya cuba kongsikan. Saya sedia berikan masa saya untuk tujuan perkongsian ilmu ini. Datanglah belajar. Dengan sedikit pelaburan, Insya Allah anda akan bawa balik sesuatu yang amat bernilai.

Cuba kenalpasti satu produk yang boleh dijual. datang belajar bagaimana mahu buka kedai di Facebook. Tak payah beli Domain pun. Tak payah sewa hosting pun. Tak payah beli sistem Autoresponder yang mahal pun. Pendek kata semuanya pakai platform percuma yang disediakan di Facebook semata2. Ramai yang belum nampak rupanya peluang yang terhidang di depan mata. Inilah tugas berat saya dalam usaha nak buka mata orang ramai. Kena buang corak pemikiran lama. Bina mindset yang baru. Buat bisnes online cara baru yang terbukti paling berkesan dan menjimatkan. Apa lagi kalau bukan Kedai di Facebook?

Barang2 antik pun boleh jadi duit kalau dapat dijual melalui Facebook... Apatah lagi jika barangan yang kita nak jual tu memang menjai keperluan orang ramai seperti pakaian, perhiasan, aneka makanan dan seumpamanya.

Barang2 antik pun boleh jadi duit kalau dapat dijual melalui Facebook... Apatah lagi jika barangan yang kita nak jual tu memang menjai keperluan orang ramai seperti pakaian, perhiasan, aneka makanan dan seumpamanya.

Saya kenakan RM300 untuk sehari suntuk belajar mulai jam 9 pagi hingga jam 6 petang. Jika anda rasakan perlu tambah sehari lagi, jemputlah join sekali lagi bersama2 group baru keesokannya. Saya buka kelas tiap2 hari. Tapi bukan bermakna tiap2 hari penoh sampai padat. maksudnya ada peluang untuk yang ingin buat ulangkaji sampai pandai walaupun beberapa kali atau beberapa hari ulang latih. Saya hanya kenakan RM300 sekali sahaja iaitu semasa mendaftar kursus buat pertama kali. Berbaloi tak? Saya beri peluang seluas2nya untuk belajar sampai boleh buat sendiri. Apa cara lagi yang saya boleh tolong? Setahu saya memang tak ada jalan singkat. Kena berusaha betul2 dan kena ulang latih sampai perfect! Saya bagi peluang ulang latih, anda hanya perlu bagi masa….. bayar HANYA sekali sahaja dan jumlahnya HANYA rm300. Mahal ke? Saya harap anda tidaklah menilai ilmu dengan wang ringgit. Jika wang jadi ukuran, anda sukar melangkah jauh. Kenapa saya katakan begitu? Anda akan cungkil rahsianya bila berdepan dengan saya nanti.

OK masa santai dah habis…. raya dah hampir seminggu berlalu. Sudah2 lah beraya tu. Jom kita singsing lengan dan mulakan permainan game baru. Jangan tunggu terlalu lama nanti semangat jadi sejuk…. Inilah masanya! Masanya adalah Sekarang! Kita perlu ambil tindakan SEKARANG! Supaya kita boleh menaruh harapan untuk menuai hasilnya esok.

Yang pergi tetap pergi. Kita iringkan doa. Yang hidup ayuh kita teruskan kehidupan. Kehidupan perlu dihiasi dengan kejayaan. Kejayaan tidak akan datang tanpa pengorbanan.

Yang pergi tetap pergi. Kita iringkan doa. Yang hidup ayuh kita teruskan kehidupan. Kehidupan perlu dihiasi dengan kejayaan. Kejayaan tidak akan datang tanpa pengorbanan.

Share on Facebook

Share