why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Archive for October, 2011

Panggilan Terakhir untuk Kursus 29-30 Oct 2011

Salam semua rakan kenalan,

Saya ingin maklumkan bahawa esok (Jumaat 28 Oct 2011) adalah hari terakhir untuk saya menerima pengesahan kehadiran ke kursus Bina Webniaga dan Kedai Online Facebook yang akan saya kendalikan di Sri Kembangan, KL.

Kepada yang telah membuat bayaran dan membuat pengesahan awal saya ucapkan berbanyak2 terimakasih kerana membantu melicinkan proses pentadbiran saya. Selamat datang saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 dari segenap pelusuk tanahair termasuk seorang peserta dari Brunei Darussalam. Selamat datang Tn Haji Raimi!

Mudah2an semua peserta dapat hadir dengan persediaan minda yang baik dan kita dapat sama2 belajar dengan tenang dan berkesan. Mudah2an Allah tambahkan ilmu kita dan membukakan lebih peluang untuk kita bersaing mendapatkan rezki yang amat besar tersedia di Internet. Kita lakukannya dengan berbekalkan “ILMU”…..Insya Allah..

Jika ada yang masih ingin mendaftar di saat2 akhir, boleh saja terus bank-in RM490 secara Online atau bayar dari Mesin Deposit Tunai terus ke akaun Maybank2U 552031101469 dan sms butir bayaran anda ke 0174769953. Saya faham kita masing2 ada komitmen yang perlu ditangani mengikut keutamaan. Saya cuba selami dan fahami hakikat ini.

Kita bukannya serba sempurna, namun marilah kita sama2 lestarikan ilmu

Kita bukannya serba sempurna, namun marilah kita sama2 lestarikan ilmu.

 

 

Share on Facebook

Share

Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - October 27, 2011 at 11:52 am

Categories: Kisah Bengkel   Tags:

Kita Jumpa di Sri Kembangan (KL) 29-30 Oct 2011

Saya nak maklumkan kepada sahabat2 seantero Malaya. Saya akan kendalikan kelas bina webniaga di Sri kembangan pada 29-30 October ni ( Sabtu – Ahad).

Saya pelawa rakan2 yang berminat khususnya yang ada menyimpan hasrat nak belajar cara2 menghasilkan pendapatan melalui usahaniaga online di Internet, datanglah berkursus. Jangan takut untuk melaburkan RM490 untuk kursus padat selama 2 hari bersama Abg Chob. Anda akan pasti bawa balik sesuatu yang berharga berupa ilmu pengetahuan praktikal yang amat sukar di cari. Yela,  siapa yang sanggup mendedahkan segala rahsia kejayaan jika bayarannya tidak setimpal.

Di sinilah anda akan dapati pendekatan Abg Chob samasekali berbeza. Isipadu kursus bukanlah bernilai RM490 namun saya teguhkan pendirian untuk tidak mengenakan bayaran tinggi.  Apa yang penting, saya dapat sedikit ganjaran atas masa dan air liur yang saya laburkan untuk kursus intensif2 hari ini.  Agar anda yang tinggal di Selatan tanahair dan sekitar KL, tak perlu datang jauh2 ke Pdg Serai. Saya yang turun. Niat untuk berkongsi ilmu dan berkongsi rahsia. Bukan nak buat keuntungan  besar. Kalau semata2 nak untung saya boleh anjurkan di hotel atau dewan serbaguna. Tapi tidak… bukan itu niat saya. Kita nak kongsi ilmu. Kongsi secara berkesan. Agar yang datang tak balik kosong…. saya mahu pastikan ini…

Semaklah jadual terkini dalam http://bestwebskill.com , Jangan sampai terlepas peluang untuk bulan October. Saya alu2kan sesiapa saja tak kira samada sedang bekerja, gomen ke, swata ke, tak bekerja makan gaji ke, dekat nak pencen atau dah pencen…..semuanya ada peluang yang sama untuk meraih pendapatan Internet jika anda sanggup melabur sedikit masa dan wang ringgit untuk ilmu yang tepat. Selamat Datang Sahabat2…. sementara saya masih ada kudrat mengajar……..

 

berkursus untuk mencari ilmu bukan mencari nama

Tahniah Tn Syed Mashor, kita berkursus untuk mencari ilmu bukan mencari nama...

 

 

 

 

Share on Facebook

Share

1 comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - October 25, 2011 at 11:42 am

Categories: Kisah Bengkel   Tags:

Dari USM ke MSU

Bukan aku tak sayang....

Bukan aku tak sayang....

Akhirnya anak aku selamat tiba di Bangalore jam 3:58 pagi Rabu yg lepas. Syukur Alhamdulillah. Beliau memilih MSU sebagai platform untuk meneruskan pengajian perubatan selama 5 tahun. Dengar citer dia dah mula boleh menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dingin di Bangalore yang dijangka berpanjangan hingga ke hujung tahun nanti. Sabo jela….. Kalau dah sejuk tu, banyak2kanlah makan agar metabolisma sentiasa aktif untuk generate haba dalam badan. Peluang baik untuk tembamkan sikit badan yang melidi tu… hehe. Tapi janganlah pulak asyik dok belasah fastfood jer mentang2 KFC & McD dekat dengan apartment korang… nanti jadi gemuk angin pulak…tak bagus tu. Korang nak jadi doctor kena tahu semua tu.

 

Hati2lah kat tempat orang. jaga kesihatan, jaga keselamatan diri. Jangan bergerak besendirian. kalau nak keluar ke mana2 pun biarlah berteman. Jangan sekali2 terpedaya dengan taktik merayu, meminta belas kasihan atau cubaan meminjam wang dari kalangan orang tempatan sana kerana sesetengah dari mereka tahu student dari Malaysia ni banyak duit. Kena jaga2 lah sebab duit yang kita guna tu duit MARA. Duit Mara adalah duit seluruh rakyat Malaysia. Itu adalah duit amanah yang tidak boleh sama sekali dipersia2kan. nak berbelanja biarlah berala kadar. Buat list. Tandakan dan bezakan antara keinginan dan keperluan. Belanja hanya atas keperluan. Bezakan antara nice to have dan necessary. Berbelanjalah hanya untuk yang necessary. Jika ada duit lebih, simpan untuk keperluan luarjangka. Mungkin untuk buat duit tambang balik musim cuti panjang atau untuk tujuan melancong tambah pengalaman kat tempat orang. Asalkan dimanfaatkan secara berfaedah.

Siapa pilih USM-KLE angkat tangan !!!!!!!

Siapa pilih USM-KLE angkat tangan !!!!!!!

Ingatlah pengalaman pahit manis yang terpaksa kita lalui dalam merealisasikan cita2 ini. Bukan satu laluan yang mudah. Kita redha dengan apa yang berlaku. Kita tidak perlu menoleh kebelakang. Kita tinggalkan saja dalam lipatan kenangan. Abah sedar bahwa cabaran untuk menjadi doctor bukan mudah. To be ‘a doctor extraordinaire’  yakni seorang doctor yang highly unusual or exceptional or remarkable, kena ada sifat2 seperti berjiwa besar, semangat gagah dan personality yang utuh. Setkan dalam minda bahawa kita bukan sekadar nak pergi dan balek sebagai seorang doctor yang biasa2 saja…….Nak jadi doctor yg extra-ordinary! So belajarlah jadi seorang yang extra ordinary. “Di campak ke padang pasir jadi oasis, dicampak ke laut jadi pulau”. Insya Allah anak abah ada sifat2 tersebut.

 

Soal komunikasi bukan lagi jadi satu masalah besar dalam dunia yang sudah semakin kecil ini. Kalau nak bersembang dengan abah just buka skype dan bersembanglah berejam tanpa perlu membayar satu sen pun. Tak payah nak berinternational roaming phone” atau  activate IDD. carilah jalan jimat di mana yang boleh. Jangan bazirkan duit ber SMS hal2 remeh. Setiap SMS akan dicaj RM0.50. banyak duit tu! Kalau nk call pakai HP kena RM0.62 seminit. Bukan sikit duit tu! Buatnya pulak sembang melalut2… parak kau nk bayar bill nanti. jadi abah nasihatkan kau pakailah kemudahan SKYPE. kau buka jer netbook kau yg dah hi-speed tu (Abh dh tambah satu Gig lagi memory card dia). Kau janganlah call abh jam 12 malam dari Bangalore, sebab masa tu abh dah membuta. kat sini dah jam 2.30 pagi. Pilihlah masa yg sesuai sebelum 12 tgh malam. Tapi kalau kau nampak abh masih online walaupun lewat tak mengapalah…

minta maaf Prof Tan Sri, saya agak emosi hari ini....

Minta maaf Prof Tan Sri, saya agak emosi hari ini....

Antara nama2 mereka yang sempat aku ingat terlibat secara langsung dalam proses penempatan anak2 medic di USM-KLE adalah Ybhg Prof  Tan Sri  Dzulkifli, Prof Aziz, Dr Saiful, Prof Kamarudin Jaala, En Amyrul, Pn Mazola dan beberapa pegawai tinggi lain yang aku tak berkesempatan bercakap dengan  mereka. Aku ucapkan berbanyak2 terimakasih. Satu pengalaman yg sangat baik dapt duduk dan berbincang dengan korang semua. Paling aku tak mungkin dapat lupakan sampai bila2 pun adalah cadangan penyelesaian dari pihak USM sendiri yang memberikan pilihan alternatif kepada anak aku untuk memilih platform pengajian yang disukainya.

Aku pula tak kisah sangat kat mana2 pun program pengajian perubatan ini hampir2 sama jer. Kalau dulu mungkin approach dalam proses pengajaran agak berbeza sikit kerana sesetengahnya (program MD) membuka peluang latihan klinikal seawal tahun satu sementara program MBBS di sesetengah pusat pengajian pula hanya memberi pendedahan klinikal bermula tahun ke 3. Tapi bila aku kaji2 dan buat perbandingan beberapa universiti, rata2 telah menekankan kepada latihan klinikal seawal tahun satu. Jadi apa bezanya? MBBS ke MD ke serupa saja. langsung tak timbul soal mana lebih baik. Berdasarkan fakta yg aku kumpul inilah aku jadi tak kisah ke mana saja anak aku nk belajar medic asalkan dia suka dan rasa selesa.

Dissecting or deboning?  ;)

Dissecting or deboning? ;)

Aku daftarkan anak aku di kampus MSU Shah Alam untuk program 5 tahun di Bangalore. Urusan pendaftarannya nampak begitu licin dan professional pada peringkat awalnya. Namun ada juga hick-ups selepas itu. Rupanya masalah pentadbiran ini wujud dan boleh timbul di mana2 saja, walaupun university tersebut pernah meraih pengiktirafan Global. Betullah jika ada yang berkata, nak jadi juara memang susah, namun nak mempertahankan kejuaraan lagi susah. Apa pun yang berlaku, aku tetap ingin merakamkan setinggi2 penghargaan kepada beberapa pegawai tinggi MSU yang terlibat yang sempat aku deal dengan mereka termasuk Pn Norizah, Pn Anis, Pn Zana dan 2 tiga orang lagi yg aku tak ingat nama mereka. Terima kasih yang tidak terhingga.

Penantian yang terlalu lama untuk mendapatkan Visa India membawa aku ke Bukit Melawati mententeramkan fikiran melihat gelagat kera dan lotong.....

Penantian yang terlalu lama untuk menyiapkan Visa India membawa aku ke Bukit Melawati mententeramkan fikiran melihat gelagat kera dan lotong.....

Aku juga ucapkan terimakasih kepada pegawai2 dari pihak MARA yang turut sama memainkan peranan penting dalam memastikan anak aku dapat terbang mengikut jadual. Walaupun MARA  berkali2 terpaksa membuat tempahan dan membatalkan penerbangan di saat2 akhir, aku kagum dengan kesungguhan MARA membantu dan menjaga kebajikan pelajar. SYABAS kepada MARA! Terima kasih banyak2 khususnya kepada En Hakim yang cukup sabar menangani setiap masalah yang timbul.

Akhirnya sekali lagi, terimakasih kepada semua waris2 yang telah sama2 memperjuangkan nasib anak2 sehingga semuanya selesai dengan baik. Kepada Tn Hj Ghani yang mewakili suara waris2 pelajar, saya angkat topi dengan komitmen beliau. Tabek Tuan Haji!!

Terimakasih tak terhingga kepada semua adik beradik, suku sakat, dan ipar duai aku yang berada di sekitar KL & Selangor yang telah memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi dalam usaha memastikan anak aku selamat terbang. Aku patut sebut nama2 seperti Pak Teh Majid & Mak Teh Na , Bro Shaari & Zurin, Bro Omar & family. Mereka ni yang bagi peluang kami tumpang menginap berhari2 khususnya Pak Teh majid yang rumahnya dah jadi macam homestay bagi kami. Tak dilupa Bro Ramli & kak Ida yang dalam kesibukan sempat juga layan kami dengan Nasi Dill…..nya…Bukan sekadar makan , kami kebas sekali resipinya…sodap giler bang. nanti kami balek cuba resipi tu…. Juga Pak Lang Azit & Mak Lang Ros yang memberi sokongan dari awal hinggalah ke KLIA. . Bukan sedikit sumbangan wang ringgit, material dan sokongan moral yang mereka berikan. Aku hanya mampu imbalkan dengan ucapan terima kasih sahaja… Anak buah aku Jan & Aya pun ikut ke KLIA. Banyak lagi nama2 yang aku simpan dalam hati. Mereka2 yang  telah menghulur sumbangan dengan penuh keikhlasan sebagai meraikan kejayaan anak aku. Biarlah Allah saja yang mencatat nama mereka.

Ayuh, kita jangan lagi menoleh ke belakang! Lets move forward.  Baik dan buruk tetap kita ambil iktibar. Perjalanan kita masih jauh. Perjuangan anak2 kita baru bermula. Lebih baik kita sama2 doakan moga2 anak2 kita berjaya menamatkan pengajian masing2 dengan jayanya dan pulang ke tanah air sebagai doktor2 yang cemerlang dunia, seimbang akhiratnya… Insya Allah. Itulah sebenarnya GOAL yang kita cari……

bye2 akak.....

bye2 akak.....

 

Share on Facebook

Share

1 comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - October 13, 2011 at 11:50 pm

Categories: Peristiwa   Tags:

Share this Article
Share on FacebookThis is the home page.Bestwebskill Training Services – PG (002060530-U)0
Share
StatPressVisits today: 83
Who's Online

2 visitors online now
1 guests, 1 bots, 0 members
Map of Visitors
Powered by Visitor Maps

Next Page »