why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Panggilan Terakhir untuk Kursus 29-30 Oct 2011

Salam semua rakan kenalan,

Saya ingin maklumkan bahawa esok (Jumaat 28 Oct 2011) adalah hari terakhir untuk saya menerima pengesahan kehadiran ke kursus Bina Webniaga dan Kedai Online Facebook yang akan saya kendalikan di Sri Kembangan, KL.

Kepada yang telah membuat bayaran dan membuat pengesahan awal saya ucapkan berbanyak2 terimakasih kerana membantu melicinkan proses pentadbiran saya. Selamat datang saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 dari segenap pelusuk tanahair termasuk seorang peserta dari Brunei Darussalam. Selamat datang Tn Haji Raimi!

Mudah2an semua peserta dapat hadir dengan persediaan minda yang baik dan kita dapat sama2 belajar dengan tenang dan berkesan. Mudah2an Allah tambahkan ilmu kita dan membukakan lebih peluang untuk kita bersaing mendapatkan rezki yang amat besar tersedia di Internet. Kita lakukannya dengan berbekalkan “ILMU”…..Insya Allah..

Jika ada yang masih ingin mendaftar di saat2 akhir, boleh saja terus bank-in RM490 secara Online atau bayar dari Mesin Deposit Tunai terus ke akaun Maybank2U 552031101469 dan sms butir bayaran anda ke 0174769953. Saya faham kita masing2 ada komitmen yang perlu ditangani mengikut keutamaan. Saya cuba selami dan fahami hakikat ini.

Kita bukannya serba sempurna, namun marilah kita sama2 lestarikan ilmu

Kita bukannya serba sempurna, namun marilah kita sama2 lestarikan ilmu.

 

 

Share on Facebook

Share