why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Archive for November, 2011

Perjumpaan Pertama di Sri Kembangan

Aku tetap cuba bagi personal coaching walau bilangan peserta agak besar...

Aku tetap cuba bagi personal coaching walau bilangan peserta agak besar... Hakim tekun mencuba... kesian Kompozer dia buat hal pulak... tapi akhirnya ok jugak...

Aku baru saja selesai dengan kursus 2 hari Bina Webniaga FB di Sri Kembangan, KL. Inilah kursus website yang yang julung2 kali aku kendalikan di luar Padang Serai. Terkejut aku bila mendapati sambutan yang diberikan sungguh di luar jangkaan. Maklum saja aku tidak sempat pun melakukan promosi secara agressif kerana kerana sepanjang bulan lepas aku agak terikat dengan beberapa agenda yang agak padat melibatkan penghantaran anak ke  luar negara dan beberapa hal keluarga. Jadi aktiviti promosi agak terjejas.

Dengan kehadiran peserta2 baru seramai 9 orang (sepatutnya 11 peserta termasuk seorang dari Brunei, namun  2 orang yg telah membuat bayaran memohon tangguh) aku rasa cukup puashati dengan  sambutan yang diberikan. Ruang yang kosong diisi pula oleh seorang Alumni2 bengkel aku menjadikan kesemua 12 tempat duduk dalam kelas penuh dan padat diisi. Terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua yang memberi kepercayaan dan sokongan kepada bengkel aku.

Bilek latihan memang selesa...

Bilek latihan memang selesa...

Aku juga puji pihak penyedia dewan latihan yang memberikan kerjasama amat baik sepanjanga  2 hari aku di sana. Dewan yang disediakan cukup selesa, sistem Wifi yang baik serta projector yang berkualiti. Minuman free-flow lagi. Terimakasih kepada En Aridz dan En Roslan. Kemudahan yang korang sediakan memang melepasi expectation aku. Insya Allah hujung bulan Nov aku datang lagi….

Bravo! Abg Ruslie Sophian.

Bravo! Abg Ruslie Sophian. Abg Amir pun tak kurang hebatnya...

Aku harapkan semua yg hadir dapat bawa balek sesuatu yang baru. Aku tak rasa ralat kalau korang tak dapat jadi expert dalam masa 2 hari. Sebab aku sendiri pun amek masa 2 tahun untuk belajar sampai mampu mengajar. Cuba ikut contoh Abg Ruslie Sophian (http://rusliesophian.com). Dia ni alumni bengkel aku kat Padang Serai setahun yang lalu. Dia sanggup naik bas ke Pdg Serai dan lepak kat rumah aku 3 hari semata2 nak belajar benda baru yang dia belum mahir. Sedangkan dia seorang blogger tersohor bertaraf sifu. Jangan malu bertanya dan jangan malas mencuba walau terpaksa gagal berkali2. Aku sendiri pun pernah lalui proses yang sama. Kita mesti BERANI GAGAL… Jangan sekali2 mengharapkan keajaiban mengubah nasib kita….

Jumpa lagi hujung bulan Nov di Sri Kembangan...

Jumpa lagi hujung bulan Nov di Sri Kembangan...

 

Jumpa lagi bulan depan di Seri kembangan 26-27 November Insya Allah….

Lihat jadual terkini  http://bestwebskill.com

 

 

Share on Facebook

Share

1 comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - November 2, 2011 at 11:36 pm

Categories: Kisah Bengkel   Tags:

Share this Article
Share on FacebookThis is the home page.Bestwebskill Training Services – PG (002060530-U)0
Share
StatPressVisits today: 27
Who's Online

2 visitors online now
0 guests, 1 bots, 1 members
Map of Visitors
Powered by Visitor Maps

« Previous Page