why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Ruslie Sophian Kembali Ke Rahmatullah

 

Kenangan 29 October 2011 di Sri Kembangan, KL

Kenangan 29 October 2011 di Sri Kembangan, KL

Sekembalinya aku dari  menghadiri majlis graduasi anakku di MRSM Taiping petang tadi aku sempat berbual2 dengan isteriku tentang Abg Ruslie Sophian. Tentang keramahannya, tentang kesungguhannya mendalami ilmu dalam bidang yang diminatinya, tentang kebolehannya  menulis, tentang kehebatannya sebagai blogger yang dikenali dan pelbagai perkara yang mencuit hati sepanjang pertemuan aku dengan beliau pada 29-30 October lepas di Sri kembangan KL.

Sebaik saja selesai solat maghrib sementara menunggu Isyak,  tepat jam 7:55 malam handphone aku terima mesej. Penghantarnya adalah Ruslie Sophian mengikut seperti dalam list contact aku, namun mesejnya yang tertulis membuatkan aku terkebil2…. antara percaya atau tidak. Berbunyi “Suami saya meninggal dunia petang tadi pukul 6″

Cepat2 aku call balek. Bunyi seperti ada orang menekan butang answer tapi tak sepatah suara pun aku dengar. Aku cuba redial. Sama juga. Aku terus call Abg ipar aku kat Pantai Dalam KL minta tolong dia buat pengesahan tentang berita yang aku terima tadi. Dia bergegas ke Subang Perdana Court 10. Dan akhirnya dia call aku dari rumah arwah dan mengesahkan bahawasanya benarlah sahabatku Ruslie Sophian telah kembali ke Rahmatullah……..

Sahlah yang menghantar mesej tadi adalah Kak Intan…… isteri Allahyarham.

 

Gambar terakhir Allahyarham ketika hadir kelas website aku pada 30 Oct 2011.

Hati siapa yg tidak akan tersentuh.....Gambar terakhir Allahyarham ketika hadir kelas website aku pada 30 Oct 2011.

“Dari Allah dia datang, kepada Allah jua dia dikembalikan”. Aku dimaklumkan, jenazahnya akan di semadikan di tanah perkuburan Masjid Al-Falaq, Subang Jaya selepas solat Jumaat esok.

Panjang2kanlah berita sedih ini kepada semua sahabat2. Selamat tinggal sahabatku……. semoga rohmu dicucuri rahmat…AMIIN.

Alfatihah!

 

http://www.rusliesophian.com/

Share on Facebook

Share