why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Archive for February, 2012

Bengkel Website Padang Serai Terus Jadi Pilihan.

Belajar website sebagai persediaan menjadi usahawan cyber

Hafiz-KL

Sepanjang minggu ini tak ada hari rehat untuk saya. Tempahan Bengkel Website nampaknya penuh sesak sehingga ke penghujung Februari 2012. Malahan Sepanjang bulan Mac juga sudah mula padat memandangkan cuti sekolah.

Saya mengambil kesempatan memohon maaf kepada peserta2 yang tidak berjaya mendapat slot yang dihajati. Saya faham cuti anda terhad dan tidak mempunyai banyak pilihan. Saya terpaksa tunaikan janji saya untuk tidak mengambil lebih dari 2 peserta pada satu2 masa kerana saya mahu mempertahankan pendekatan 1 on 1 yang saya amalkan sejak sekian lama. Saya faham ada yang agak kecewa apabila saya maklumkan bahawa slot/hari/tarikh yang dirancang mereka sudah penuh dan saya tidak dapat menerima tambahan peserta walaupun ada yang merayu untuk ‘menyelit’. Apakan daya…say minta maaf banyak2. Ini janji saya. Ini juga trademark saya yang harus saya pertahankan.

Jika ada jodoh kita tetap akan dizinkanNya bertemu dikesempatan yang lain. Mungkin lebih baik dari peluang yang hilang itu. Saya tetap alu2kan tuan2/puan2 hadir pada masa akan datang jika bersesuaian ruang masa yang tuan2/puan2 ada dengan kekosongan ruang dalam jadual kursus saya. Saya harap anda tidak berputus asa dan merajuk okay? Saya ingin benar berkongsi ilmu dengan anda sekalian. Tapi saya juga mahu pastikan mereka yang berjaya mendapat ruang untuk berkursus bersama saya, akan pulang dengan kepuasan dan tahap ilmu yang mereka kuasai mestilah menunjukkan satu perbezaan besar SELEPAS pulang dari berkursus dengan saya berbanding keadaan SEBELUM mereka hadir ke kursus saya. Sebab itulah saya hadkan kepada HANYA 2 peserta pada satu2 masa.

dari Melaka dia datang

Nizaru (Nik) - Melaka

Saya juga suka menyarankan kepada anda yang ada rancangan untuk berkursus di bengkel saya, silalah buat tempahan dan bayaran awal sebgai tanda pengesahan hadir ya. Hanya dengan cara ini saya boleh membantu memastikan anda akan dapat selaraskan cuti yang telah anda rancang dengan slot kursus yang masih ada kekosongan dalam jadual bengkel saya. Saya akan cuba penuhi permintaan anda sebaik mungkin demi manfaat bersama. Keputusan dan tindakan yang lebih awal sudah tentu akan mempermudahkan susunan jadual kita.

Di http://www.bestwebskill.com

Saya Hanya Berikan Yang Terbaik!

Salam Persahabatan.

Salam Kejayaan.

 

Share on Facebook

Share

Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - February 19, 2012 at 9:44 pm

Categories: Kisah Bengkel   Tags:

Testimoni Peserta Bengkel

Assalamualaikum Cikgu,

Harap cikgu sihat hendaknya.Saya ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada cikgu & team sebab telah memberi tunjuk ajar dengan penuh kesungguhan kepada saya. Bermula dari tahun 2009, saya telah mengikuti kelas cikgu di Padang Serai yang mana ketika itu kelas dijalankan seperti yang cikgu paparkan dalam website cikgu.Tiada meja dan saya serta rakan2 hanya duduk di atas lantai saja. Pada saya,itu lansung tidak menjadi masalah kerana yang penting adalah ilmu yang disampaikan.
Secara jujurnya, saya agak samar2 untuk memahami apa yg cikgu ajar ketika itu. Maklumlah saya ni seorang yang tidak mahir lansung mengenai IT dan itulah kali pertama saya belajar cara2 nak bina web.
Alhamdulillah,berkat tunjuk ajar dari cikgu,saya telah berjaya menghasilkan web saya sendiri. 3 tahun sebelum ni saya hanya menggunakan blog saja untuk menyampaikan info mengenai forex kepada umum. Sekarang saya telah mempunyai web yang agak user friendly yang lebih mudah digunakan oleh pelawat berbanding laman blog.TUJUAN SAYA HANYA SATU iaitu mesej yang disampaikan dalam web adalah jelas dan memudahkan pelawat untuk mendapatkan info yang berguna.
Yang membuatkan saya terharu,cikgu sanggup meluangkan masa berjam2 untuk memberi tunjuk ajar semula untuk saya refresh apa yg telah diajarkan pada tahun 2009.Maknanya dengan hanya sekali ke kelas dan sekali perjumpaan personal dengan cikgu sudah membuatkan saya faham dan jelas tentang web. TERBUKTI..tiada yang mustahil dalam dunia ini.. saya yang buta IT pon boleh bina web sendiri dgn bantuan cikgu.Yang penting kena ada minat.
Saya pun tak tau nak cakap apa lagi….tapi secara ringkasnya saya sangat2 berterima kasih di atas tunjuk ajar cikgu.Apa yg cikgu ajarkan sangat memberikan manfaat kepada saya dan rakan2 lain. Saya pasti akan rekomen kpd kwn2 yang berminat utk belajar dgn cikgu.Saya doakan semoga cikgu dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki dari Allah s.w.t.  TERIMA KASIH CIKGU…

dari, NAZRI
www.pelajariforex.com

 

http://bestwebskill.com

Share on Facebook

Share

Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - February 12, 2012 at 11:54 pm

Categories: Berita Semasa   Tags:

Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan AKAN BERJAYA?

Artikel pilihan:

Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan
AKAN BERJAYA?

Oleh: Irfan Khairi

Saya ada baca buku ini yang agak menarik “The Outsider’s Edge” oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!

Dalam buku tersebut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.

Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan, akan berjaya?

Jawapannya- the Outsider’s Edge.

Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.

Dari perkataan “Outsider” menunjukkan mereka yang “diluar”…

Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.

Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.

Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider’s Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

Share on Facebook

Share

Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - February 3, 2012 at 1:01 pm

Categories: Santapan Rohani   Tags:

Share this Article
Share on FacebookThis is the home page.Bestwebskill Training Services – PG (002060530-U)0
Share
StatPressVisits today: 84
Who's Online

3 visitors online now
1 guests, 2 bots, 0 members
Map of Visitors
Powered by Visitor Maps