why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Bengkel Website Padang Serai Terus Jadi Pilihan.

Belajar website sebagai persediaan menjadi usahawan cyber

Hafiz-KL

Sepanjang minggu ini tak ada hari rehat untuk saya. Tempahan Bengkel Website nampaknya penuh sesak sehingga ke penghujung Februari 2012. Malahan Sepanjang bulan Mac juga sudah mula padat memandangkan cuti sekolah.

Saya mengambil kesempatan memohon maaf kepada peserta2 yang tidak berjaya mendapat slot yang dihajati. Saya faham cuti anda terhad dan tidak mempunyai banyak pilihan. Saya terpaksa tunaikan janji saya untuk tidak mengambil lebih dari 2 peserta pada satu2 masa kerana saya mahu mempertahankan pendekatan 1 on 1 yang saya amalkan sejak sekian lama. Saya faham ada yang agak kecewa apabila saya maklumkan bahawa slot/hari/tarikh yang dirancang mereka sudah penuh dan saya tidak dapat menerima tambahan peserta walaupun ada yang merayu untuk ‘menyelit’. Apakan daya…say minta maaf banyak2. Ini janji saya. Ini juga trademark saya yang harus saya pertahankan.

Jika ada jodoh kita tetap akan dizinkanNya bertemu dikesempatan yang lain. Mungkin lebih baik dari peluang yang hilang itu. Saya tetap alu2kan tuan2/puan2 hadir pada masa akan datang jika bersesuaian ruang masa yang tuan2/puan2 ada dengan kekosongan ruang dalam jadual kursus saya. Saya harap anda tidak berputus asa dan merajuk okay? Saya ingin benar berkongsi ilmu dengan anda sekalian. Tapi saya juga mahu pastikan mereka yang berjaya mendapat ruang untuk berkursus bersama saya, akan pulang dengan kepuasan dan tahap ilmu yang mereka kuasai mestilah menunjukkan satu perbezaan besar SELEPAS pulang dari berkursus dengan saya berbanding keadaan SEBELUM mereka hadir ke kursus saya. Sebab itulah saya hadkan kepada HANYA 2 peserta pada satu2 masa.

dari Melaka dia datang

Nizaru (Nik) - Melaka

Saya juga suka menyarankan kepada anda yang ada rancangan untuk berkursus di bengkel saya, silalah buat tempahan dan bayaran awal sebgai tanda pengesahan hadir ya. Hanya dengan cara ini saya boleh membantu memastikan anda akan dapat selaraskan cuti yang telah anda rancang dengan slot kursus yang masih ada kekosongan dalam jadual bengkel saya. Saya akan cuba penuhi permintaan anda sebaik mungkin demi manfaat bersama. Keputusan dan tindakan yang lebih awal sudah tentu akan mempermudahkan susunan jadual kita.

Di http://www.bestwebskill.com

Saya Hanya Berikan Yang Terbaik!

Salam Persahabatan.

Salam Kejayaan.

 

Share on Facebook

Share