why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Testimoni Peserta Bengkel

Assalamualaikum Cikgu,

Harap cikgu sihat hendaknya.Saya ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada cikgu & team sebab telah memberi tunjuk ajar dengan penuh kesungguhan kepada saya. Bermula dari tahun 2009, saya telah mengikuti kelas cikgu di Padang Serai yang mana ketika itu kelas dijalankan seperti yang cikgu paparkan dalam website cikgu.Tiada meja dan saya serta rakan2 hanya duduk di atas lantai saja. Pada saya,itu lansung tidak menjadi masalah kerana yang penting adalah ilmu yang disampaikan.
Secara jujurnya, saya agak samar2 untuk memahami apa yg cikgu ajar ketika itu. Maklumlah saya ni seorang yang tidak mahir lansung mengenai IT dan itulah kali pertama saya belajar cara2 nak bina web.
Alhamdulillah,berkat tunjuk ajar dari cikgu,saya telah berjaya menghasilkan web saya sendiri. 3 tahun sebelum ni saya hanya menggunakan blog saja untuk menyampaikan info mengenai forex kepada umum. Sekarang saya telah mempunyai web yang agak user friendly yang lebih mudah digunakan oleh pelawat berbanding laman blog.TUJUAN SAYA HANYA SATU iaitu mesej yang disampaikan dalam web adalah jelas dan memudahkan pelawat untuk mendapatkan info yang berguna.
Yang membuatkan saya terharu,cikgu sanggup meluangkan masa berjam2 untuk memberi tunjuk ajar semula untuk saya refresh apa yg telah diajarkan pada tahun 2009.Maknanya dengan hanya sekali ke kelas dan sekali perjumpaan personal dengan cikgu sudah membuatkan saya faham dan jelas tentang web. TERBUKTI..tiada yang mustahil dalam dunia ini.. saya yang buta IT pon boleh bina web sendiri dgn bantuan cikgu.Yang penting kena ada minat.
Saya pun tak tau nak cakap apa lagi….tapi secara ringkasnya saya sangat2 berterima kasih di atas tunjuk ajar cikgu.Apa yg cikgu ajarkan sangat memberikan manfaat kepada saya dan rakan2 lain. Saya pasti akan rekomen kpd kwn2 yang berminat utk belajar dgn cikgu.Saya doakan semoga cikgu dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki dari Allah s.w.t. ┬áTERIMA KASIH CIKGU…

dari, NAZRI
www.pelajariforex.com

 

http://bestwebskill.com

Share on Facebook

Share