why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Kenanganku

Kau Pembunuh!!!!!

bangsal tempat lepak2 santai

Semalam aku bersama isteri dan 2 puteriku berkesempatan balek kampung menjengok saudara mara di Kampong Bukit, Naka Kedah. Jaraknya dari Padang Serai lebih kurang 90 minit memandu. Pedal merz aku tekan gaya2 santai kerana tiada keperluan untukku bergegas. Dah lama tak jumpa abang2 dan ipar duai di kampung.  Hanya mereka saja jadi pewaris semangat kedua orang tuaku yang telah hampir 10 tahun di jemput Allah ke barzakh. Teringin rasanya nak duduk sembang2 ringan dengan mereka. Lokasi pilihan sudah tentu di pelantar kayu bulat  bawah pokok durian tua kat penjuru pagar kampung.

 

Setibanya aku, macam biasalah Abang Long menyambut dengan senyum dan mempelawa kami masuk. Isteri dan anak2ku masuk dan bersalam2an dengan Mak Long mereka. Tapi aku terus ke bawah pokok durian tua dikuti Abg Long. Dia faham benar tempat istirehat pilihanku sejak bertahun. Sebab tu dia sentiasa melumurkan  minyak hitam pada tiang pelantar kayu tersebut supaya tidak dikunyah anai2. Perghhhhhhh…… bukan main lega rasanya dapat meyedut oksijen segar dari dedaun hijau sekelilingku. Selang 5 minit kopi panas pun sampai. Roti gula pun

Kopi 0 pekat cicah roti gula...

ada. Apa lagi aku pun belasah ler….. Bayangkan kopi o tumbuk sendiri punyer! hitam pekat cukup dengan aroma dan rasa dicelup roti gula rangup dan lemak, aduis… nostalgik gitu…. teringat2 aku pada arwah mak. Pasti dia akan join sekaki. Curut cap ikan mas tak lekang dari bibirnya. Kami akan bersembang2 santai. Bila sampai topik2 lucu dia akan tersengih2 menampakkan tunggul gigi depannya yang hitam dek penangan asap curut.

 

Pak Njang tau tak Komarik dah tidor setempat dah…? Abg Long memang memanggilku Pak Njang (Anjang) sebab aku anak yang tengah dari 7 beradik. Huh? aku tersentak! Dia sakit apa? aku bertanya sepontan. Komarik merupakan nama panggilan.  Jiran sekampungku ini namanya Osman anak Pak Su Haji Wahab yang tinggal di kampung seberang sungai sana. Kiranya adik beradik sepusat sepusing dan rapat jugaklah….”Hospital dah tak terima dah… jadi depa hantaq balek sambung berubat kampong”.Abg Long sambung cerita. Aku jadi tambah tak faham… “Doktor kata dia sakit apa?” aku tanya lagi. “Kata doktor pakar, dia kena TB”. Huh ???? TB????  Itu penyakit maut tu!!! Spontan keluar ayat itu dari mulutku. “Ya! memang doktor dah sahkan dia kena TB”.Abg Long mengesahkan.  Aku cuba imbas kembali perjalanan hidup Komarik sejak zaman aku masih kanak2. Dulu aku selalu mandi bogel di sungai kat belakang rumah dia. Ketika Komarik masih berkhidmat dengan Akar Melayu, sesekali dia balek bercuti aku dan rakan2 sepermainanku selalu singgah kat rumah dia setelah penat bermain2. Dapatlah tompang merasa ransom daging  dalam tin, kacang peas dalam tin dan oren dalam pek yang dia bawa balek dari kem askar. Komarik terkenal dikampong sebagai jagoan kampong yang selalu memecut laju

Honda 90 Sport raja di jalan raya tahun 60 an

Honda c90 sport raja di jalan raya sekitar 60an

dengan motor Honda 90 Sport warna hitam yang bertangki minyak bulat ditengah2. Memang dia kaki pecut! kalau istilah masakini kita katakan Mat Rempit (REMPIT = Remaja Enggan Mematuhi Perintah Trafik). Tapi Komarik pada zaman tu lagi sakan…. di jalan sempit satu lorong di kampong  penuh berbatu lada dan dikelilingi hutan kiri dan kanan dia belasah selamba saja sampai 60 ke 70 Batu Sejam (MPH). Dia memang juara dan lagenda zaman itu.  Pernah sekali dalam remang2 senja menjelang Maghrib, dia merempuh kerbau yang melintas. Dia tercampak jauh meninggalkan motor sportnya yang tidur bersebelahan kerbau yang juga tertidur patah kaki belakang. Kerbau jadi hidangan kenduri sekampong. Komarik tidur seminggu kat hospital, patah tangan kanan.

 

Dah tinggal tulang dan kulit dah….Abg Long menyambung cerita terkini tentang Komarik. Aduh! takkan sampai begitu sekali, aku sedikit curiga dengan apa yang abang Long kabarkan. Mana mungkin Komarik yang berbadan tegap macam Hercules boleh tinggal tulang dan kulit??? Ye ke ni aku sedikit kurang percaya. Namun bile dikenang-kenang balek, aku kenali Komarik sejak zaman kanak2 lagi. Dia juga terkenal sebagai perokok tegar. Brand pilihan beliau adalah “PLAYERS” rokok cap pelaut bermisai memakai topi tentera laut. Kotak kecil mengandungi 10 batang

rokok players tanpa penapis memang kick habis...

rokok players tanpa penapis memang kick habis...

rokok tak bertapis. Dalam sehari dia perlu habiskan 10 kotak rokok Playaz tanpa penapis. Komarik memang kaki rokok… sebatang rokok playas tu di sedut rakus, 5 kali sedut terus campak sambil jari2 kasarnya menarik keluar sebatang lagi. Diketuk2 hujung rokok yang tak ada filter itu atas kuku ibujari untuk memadatkan tembakau sebelum mengeluarkan mancis cap lada (Kelantan Match Factory). Sebatang lagi dicucuh. Sedutan pertama paling “lazat” katanya. Asap pekat itu disedutnya dalam2 dan lamaaaa sekali sampai setiap rongga paru2nya penoh dengan asap rokok playaz… Kemudian dia melepaskan asap second-hand perlahan2. Kelihatan asap yang keluar hanya sedikit sahaja berbanding yang disedut masuk tadi… Mungkin sebahagian asap dah tak mau keluar lagi… sebab dah jumpa tempat baik untuk bersemadi di dinding gelembung paru2 Komarik. Aku yang jadi penonton pun turut rasa puas melihat cara dia menyedut asap rokok. Kenyang rasanya… Bila di tanya apa rasanya asap rokok playaz tu? “MANIS” kata Komarik sambil ketawa terbahak-bahak. Seni ketawa Komarik juga tiada ada siapa yang boleh mengajuknya. memang bunyinya cukup unik dan panjang berantai2… Keargh.. Keargh… keargh… keargh.. Keargh…keargh… keargh.. Keargh… keargh… keargh.. Keargh… keargh… keargh berakhir dengan kah.. kah… kah… kah… Kah.. KAh.. KAh..panjang nafas ketawanya boleh habiskan Al-Fatihah dalam senafas.

 

Aku menamatkan perbualan dengan Abang long sambil minta diri untuk menjengok Komarik bagi mengesahkan apa yang dikhabarkan oleh Abg long tadi. Aku pun memandu ke rumah Komarik. Sanpai dirumahnya aku disambut anak

gambaran keadaan Komarik petang semalam

gambaran keadaan Komarik petang semalam

dan isterinya lalu dipelawa masuk. Aku terus mendapatkan Komarik. Mahabesar Engkau Ya Allah ……. betullah kata Abg Long, Komarik kini sudah jauh berubah.Matanya cengkung merenungku dengan penuh rasa sayu, lengan yang dulunya berotot berulas kini tinggal secekak, Perut yang dulunya berulas2 kini leper seleper tilam kekabu usang pelapek belakang. Peha yang dulunya berulas  kini sudah sama saiz dengan betis. Komarik sudah benar2 jaditengkorak hidup.  Ini bukan Komarik yang aku pernah kenal sejak zaman aku mandi sungai kat belakang rumahnya dulu…. Aku jadi sayu dan hiba secara tiba2. Aku tidak sanggup menatap wajahnya lama2. Aku memang sedih. Selesai membacakan beberapa potng ayat suci untuknya, aku mohon diri. Sambil memandu pulang dalam kegelapan malam yang suram, air mataku jatuh….aku sembunyikan sedihku hingga tak siapa yang perasan.

 

Bila aku balek ke SOHO aku di padang Searai, aku selak laptop dan cuba selongkar kisah2 mengenai penyakit TB dan inilah yang aku  jumpa.  marilah sama2 kita berkongsi maklumat untuk kebaikan bersama. Kepada yang kuat merokok tu eloklah kurangkaan atau berhenti terus.  Merokok…aku boleh bayangkan penangannya memang sangat2 tidak berbaloi….

 

Tobacco Overview

Tobacco use can be prevented.

Multiple cost-effective tobacco-control interventions are successful in curbing tobacco consumption and preventing the onset of tobacco use in nonsmokers. These include smoke-free laws, anti-smoking awareness campaigns, comprehensive bans on tobacco advertising and promotion, graphic warning labels, and tax increases on cigarettes that can yield funds to be put back into health care programs.

  • -However, death, disease, and poverty due to tobacco use stubbornly persist.
  • -More than 1 in 4 adults—1 billion people—smoke today.
  • -Tobacco use is a risk factor for six of the world’s eight leading causes of death.
  • -Tobacco-caused diseases may be responsible for up to 10 million deaths every year by 2030—80 percent of them in developing countries.
  • -Tobacco use is associated with lung disease, cancer, heart disease, low birthweight, stillbirths, increased mortality in tuberculosis patients, and many other problems.
  • -Smoking kills half of smokers unless they quit, and many more are disabled.
  • -Smokers put families at risk of sliding into poverty due to poor health and premature death.

Our goal is to significantly reduce tobacco-caused disease, death, and poverty in the developing world.

Sumber: Bill & Melinda Gates Foundation

Share on Facebook

Share

1 comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - May 26, 2011 at 9:35 pm

Categories: Kenanganku   Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Aku, Ibu dan Airmata.

kisah kehidupan susahku dahulu

Saling tak tumpah macam rumah tempat aku dilahir dan dibesarkan...

Malam sudah lewat namun mataku belum terasa mahu pejam walaupun esok akan ke sekolah. Aku masih meniarap atas tikar mengkuang anyaman ibuku yang telah terburai keempat-empat bucunya. Dengan berpelikat gulung, aku meniarap. Dada kualas bantal kekabu usang. Aku dah terbiasa begitu sejak 15 tahun yang lalu. Beginilah caranya aku membuat ulangkaji pelajaran di rumah. Tak pernah merasa duduk berkerusi bermeja. Makan pun bersila. Jauh sekali pakai lampu jenis petik suis terus menyala. Pelita minyak tanah teman setia sepanjang malam. Setiap kali bangun pagi, lubang hidung  jadi hitam penuh berjelaga.

Buku kerja ilmu Kira-kira tentang Theorem Pytagoras aku abaikan separuh siap. Aku jadi hilang tumpuan. Perlahan-lahan pelita minyak tanah yang masih galak marak menyala  kusorongkan ke tepi dinding. Jelaga hitam menyapa dinding dari anyaman buluh hutan. Dua tiga ekor nyamuk yang sedang mengintai peluang untuk melahapku bercempera menyelamatkan diri dalam kegelapan. Aku melunjurkan kaki, kesejukan malam menyucuk-nyucuk betisku yang kering kerdil. Cepat-cepat aku tarik ke dalam selimut semula. Namun selimut pelikat usang aku tak dapat menutup seluruh tubuhku. Lantas ku bengkokkan badan, kutarik lututku rapat ke dada. Dapat juga akhirnya ku litupi badanku  dari digigit kesejukan. Waktu bila aku terpejam, aku pun tak tahu. Sedar-sedar dah terdengar ketuk2 di surau. Aku mengeliat malas…. Kelihatan pelita minyak tanah di tepi dinding buluh sudah teramat layu. Pucuk api sudah hampir tidak kelihatan lagi. Hanya menunggu masa untuk mati. Biarlah engkau mati. Esok malam kuisikan habuan lagi.

Tiba-tiba dengan tak semena-mena aku terasa sebak. Pipiku terasa basah, lantas kupekup mukaku kebantal kekabu usang yang penuh berpetakan liur basi. Aku menangis semahu2nya sambil menahan sedu takut kalau-kalau disedari ibuku. Malu aku nanti. Hero menangis! Aku terkenal dalam keluargaku sebagai seorang budak yang keras hati dan garang dengan adik-adikku. Namun aku gagal menahan airmataku pada pagi bersejarah itu. Entah mengapa tiba-tiba saja aku jadi begitu sayu dan tewas melawan kekerasan hatiku. Tidak sanggup rasanya aku mengimbas peristiwa malam tadi. Peristiwa paling bersejarah yang mampu meluluhkan jiwaku.

kebun  getah tua

Kebun tua tempat ibuku mencungkil rezeki saban hari.

Masih jelas terakam ke corong telingaku, sebaik selesai Maghrib, ibu melahirkan kerisauan tentang duit tambang buatku ke sekolah besoknya yang belum tahu entah dimana nak dicari. Ghalibnya, ibu memberikan aku 90 sen setiap hari.  70 sen buat bayar tambang bas manakala baki 20 sen buat duit poket. Jarang sekali aku membelanjakan duit puket aku sampai habis. Jika ada lebihan 5 atau 10 sen akan kumasukkan ke tabung buluh. Aku paku ke tiang rumah. Namun dalam keadaan terdesak, tabung buluh aku terpaksa dikorek. Aku faham ibu dah benar-benar kekeringan. Manakan tidak, dah hampir seminggu asyik hujan malam saja.  Ibu tak dapat ke kebun pawah. Sumber rezeki ibu teruk terjejas…..Aku rasakan peluang aku untuk kesekolah sudah tertutup. Ibu tidak pernah bercakap dalam nada yang begitu berterus terang walau ibu susah. Ibu telan kesusahan seorang diri. Ibu kongsi kemanisan dan harapan dengan anak-anak  namun kesusahan ibu tanggung seorang diri.

ibu ku

Anakanda doakan ibu bahagia di sana....

Tiba-tiba aku tersentak dari lamunan yang semakin jauh. Ibuku tiba-tiba memanggil namaku. “Usop! kau dah siap nak? Kejutkan Mail dan Shaari sekali. cepat sikit nanti terlepas bas” Teriakan ibuku dalam nada begitu seolah-olah mencampakkan aku satu harapan baru yang cukup bermakna. Sepantas kilat aku bersiap dan cepat-cepat menghirup kopi lesung tumbok hitam pekat. Dengan serdak-serdaknya sekali aku kunyah. Tak ada pengat pisang buat pengiring kopi. Walau hanya kopi kosong, aku begitu puas pagi itu kerana jiwaku penuh berisi dengan semangat dan harapan baru.

“Nah, 70 sen sorang…belanja jimat-jimat ya nak, duit susah cari….” Aku, Mail dan Shaari menyambutnya sambil mencium tangan ibu. Aku tidak tahu apa yang tersembunyi dalam hati adik-adikku. Namun aku dapat rasakan mereka juga turut meratapi nasib kami walaupun mungkin hanya dalam hati. Rupanya dalam kegelapan malam tadi, ibuku telah keluar ke rumah Tok Lang Wahab di hujung kampung yang dah 20 tahun pencen JKR. Orang tua tu memang berduit sebab hanya hidup berdua atas hasil pencennya. Lembunya pun banyak. Sawahnya pun luas. Saban bulan dapat pencen malahan duit pencennya tak terusik pun.

Aku melambai ibu. Ibu melambai kembali. Ibu senyum. Aku balas senyuman ibu. Aku sempat menjeling ke leher ibu semasa mencium tangannya tadi. Rantai emas 5 mayam pusaka nenek yang kulihat tergantung di leher ibu sejak 15 tahun yang lalu sudah tidak ada lagi ………..

kasih ibu sepanjang jalan...

Al-Fatihah buat ibuku....

 

 

Share on Facebook

Share

2 comments - What do you think?  Posted by mhdyusof - May 19, 2011 at 10:12 pm

Categories: Kenanganku   Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Share this Article
Share on FacebookThis is the home page.Bestwebskill Training Services – PG (002060530-U)0
Share
StatPressVisits today: 84
Who's Online

2 visitors online now
0 guests, 2 bots, 0 members
Map of Visitors
Powered by Visitor Maps

« Previous Page