why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Peristiwa

“Kak Cik” Ke India

Salam semua pembaca budiman.
Aku doakan kalian semuanya dalam walafiat dan dapat memenuhi tuntutan ramadhan dengan sempurna. Nak buka puasa tu hati2 sikit dalam memilih juadah jangan sampai perut meragam lepas berbuka. Kalau perut meragam nanti jadilah macam aku malam ni yang hanya melakukan jemaah tarawih bersama isteri saja kat rumah. Sayang sungguh…  missed tarawih kat surau. Nak pergi risau jugak takut terpaksa tinggalkan saf tengah solat. Kalau dah sakit perut tu kemungkinan ini boleh terjadi. Jadi aku pilih jalan selamat… solat kat rumah saja.

Sepanjang Ramadhan ni, isteriku memang selalu masak. Aku lebih selesa berbuka dengan masakan isteriku walau masakan simple pun memadai. Ada asam pedas kembung dengan keledek merah atau sayur lemak rebung hutan pun kira dah okay. Aku tak suka sangat benda2 pedas berkari buat berbuka.

jawaharlal nehru medical college

jawaharlal nehru medical college

Namun kebelakangan ni kami agak sibuk sikit. Selalu keluar ke sana ke mari menguruskan dokumentasi anak perempuan no 2 aku, Anis Fashareena (nama timangannya Kak Cik) yang akan ke India awal September nanti. Dia dapat tawaran sambung buat Medic kat JNMC (Jawaharlal Nehru Medical College) dekat Belgaum India. Ini merupakan batch kedua pengambilan pelajar perubatan ke India di bawah program kolaborasi USM-KLE. Yela… rezeki anak2… Aku bersyukur kerana Allah anugerahkan kebaikan kepada anak2 aku. Itulah juga doa aku dan isteriku sebilang waktu demi masa depan anak2. Aku sedar dugaan besar menanti mereka di zaman dewasa mereka nanti yang pada masa itu mungkin aku sudah tidak ada lagi bersama mereka untuk sama2 merasainya. Aku boleh bayangkan kemelut ekonomi pada zaman itu. Pekerja bergaji RM5000 mungkin masih tergolong dalam kelompok miskin tegar…….

 

Itulah sebabnya, anak2 selalu diperingatkan supaya serius belajar sementara peluang terbuka luas. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian apalah gunanya. Alhamdulillah pesananku dan isteri terkesan dihati anak2ku. Mudah2an anak kedua aku ini akan menjadi trend-setter dan role model ikutan adik2nya yang masing2 bakal menduduki SPM pada tahun ini dan tahun hadapan. Aku doakan semoga Anis selamat ke India nanti, berjuang selama 5 tahun di sana dan kembali ke tanahair nanti sebagai seorang doktor yang bukan sahaja berpelajaran dan punya kemahiran tetapi juga terdidik sebagai seorang doktor muslimah. Inilah harapan aku dan isteriku. Harapan seorang ayah dan ibu.

Jadi…. berkejar ke sana ke mari. Ke rumah JKKK minta pengesahan borang2 & sijil2. Jumpa cikgu besar minta sign surat. Ke kedai gambar ambil gambar berpuluh keping. Ke Pos Malaysia hantar dokumen pakai Pos laju. Ke Hospital buat medical check-up dan macam2 lagi urusan luar yang agak meletihkan.

bazaar ramadhan

bazaar ramadhan

Jadi acap kali isteriku tak sempat masak. Masa yang tinggal terlalu suntuk. Maka kami terpaksalah singgah kat bazaar ramadhan. Tunjuk yang tu sikit. Tunjuk yang ni sikit. Pendek kata main tunjuk2 je lah….. Balek buat berbuka. Jadi perut yang tak biasa makan luar ni akan mula lah tunjukkan manjanya…. meragam memulaslah dia berkeruak2. Akibatnya.. absent-lah aku tak dapat berjamaah tarawih kat surau. Inilah dugaan sementara buat aku. Namun aku tetap kuatkan iltizam. Ramadhan tahun ini wajib diberikan pengisian yang lebih baik berbanding Ramadhan sebelumnya. Terlalu banyak sekali nikmat Allah kurniakan kepadaku. Kejayaan anak2 dalam pelajaran itulah anugerah paling besar buatku dan isteriku…….

Aku doakan hal yang sama buat semua ibu2 dan bapa2 di luar sana. Semoga semuanya beroleh kemenangan dan kepuasan dalam mendidik anak2 kalian semuanya…Amin…

Share on Facebook

Share

2 comments - What do you think?  Posted by mhdyusof - August 15, 2011 at 12:25 am

Categories: Peristiwa   Tags: , , , , , , , ,

Kenangan Di Port Dickson

The National Blue Ocean Strategy…. Perbarisan tamat latihan serentak ATM dan PDRM di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson Sabtu lepas menyaksikan satu sejarah baru tercipta hasil buah fikiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.

perbarisan tamat latihan

perbarisan tamat latihan

Aku dapat lihat satu paduan kerjasama yang tiada tolok bandingnya apabila lebih 3000 anggota perajurit muda ATM dan konstabel Polis dengan penuh segak mempamerkan satu persembahan kawad yang mengagumkan.

Bukan kerja mudah untuk menyelaraskan dua pasukan sebegini ramai. Mendengar perintah kawad dari seorang RSM yang suaranya macam halilintar membelah padang kawad yang begitu besar. Namun kerjasama jitu membuktikan tiada yang mustahil. Ia terbukti boleh dilakukan.

lambaian PM tabik satu malaysia

Lambaian PM

Betapa bangganya aku melihat para pegawai dan anggota dari kedua2 pasukan berjabat tangan erat dan saling berbalas2 senyuman. Fenomena sebesar dan sehebat ini ini tak pernah aku lihat sebelum ini baik secara live atau pun dari media. Terpancar keikhlasannya. Jika sebelum ini ATM dan Polis dilihat sebagai 2 pasukan keselamatan yang realiti hubungan antara keduanya tak berapa “ERAT” sebab masing2 bergerak di dalam silo tersendiri. Tapi tanggal 30 Julai 2011 menyaksikan tembok pemisah tersebut telah berjaya dirobohkan. Sekalung tahniah buat PM kita. Aku tabik kat Dato Najib. Tabik Satu Malaysia!

Aku sampai kat Pusasda sejak pagi Jumaat dalam keadaan hujan lebat. Masa aku sampai raptai awal bermula jam 8 pagi tadi dah bersurai. Sebab hujan lebat. Raptai kedua jam 10 pagi sepatutnya bermula tapi di batalkan sebab hujan lebat langsung tak mahu reda. Aku bayangkan kalaulah keadaan sama macam ni pagi besok…tentu akan menjejaskan perbarisan tamat latihan bersejarah ini. Alhamdulillah sekitar jam 11.30 pagi Jumaat, hujan berhenti terus dan tak semena2 panas terik. Padang kawad yang tadinya basah lencun sekejap saja dah kering kontang. Perfect untuk latihan kawad. Tapi rehearsal tetap tak diteruskan kerana dah tergelincir dari jadual asal. Aku keluar bersiar santai ke Telok Kemang, makan2 dan berehat

Malam tu setelah mendapatkan lokasi parking yang sesuai aku landing kat mesjid Pusasda jer. Kalau aku ambil homestay kat luar pasti sangkut jamp giler awal pagi besok. Yela laluan PM. Gerenti sesak punyer… memang tepat sangkaan aku. Waris2 mula berpusu2 masuk ke kem seawal jam 10 malam tak ubah macam semut hitam masuk sarang. Paking lot semua penuh. Mesjid penuh sampai ke perkarangan. Bilik air mesjid pun turut tersumbat! Punyer la ramai manusia!!

Seawal jam 4 pagi grandstand semuanya penuh. Masing2 ambil kedudukan awal dan pilih tempat yang strategik nak tonton peristiwa bersejarah. Aku tak tahu la mereka ni ambil giliran sembahyang subuh ke tidak! Wallahua’lam…. Tapi mesjid penuh dengan jamaah subuh. Lepas berwuduk, aku solat dalam keadaan terkuncil saja pagi tu. Tak lalu aku nak jejakkan kaki masuk ke bilik air. Naik geli geleman aku tengok keadaannya. Selesai solat aku kembali ke grandstand tunggu hingga jam 8 majlis bermula. Seorang demi seorang orang2 besar sampai. Bermula dengan Komandan, dikuti KPN, Panglima ATM, Menteri Pertahanan Dato’ Zahid, Dato’ Menteri Besar NS akhirnya PM tiba tepat jam 9.30 pagi. Lagu Negaraku dilaungkan bergemuruh penuh bersemangat. Berdiri bulu romaku. Jangan main2 dengan kuasa PERPADUAN…… memang menggerunkan…

Upacara perbarisan bermula dengan cukup cantik. PM melakukan pemeriksaan perbarisan dengan menaiki jeep. Sampai kat penonton di tepi padang beliau sempat melambai sambil menunjuk isyarat 1 Malaysia. Maknanya kena bersatu la……. Bukan dia nak apa2 dari kita… pakat2 pangkah dia sudah la… barulah dia ada mandat nak buat kerja… Kalau tak … tentu huru hara punyer… mahu tidaknya… yang tak pernah masuk sekolah memandu pun ingin nak jadi drebar…. bahaya tu….

bumbung kena ribut

pentas utama hilang bumbung

PM selesai berucap, bangun meninggalkan pentas utama ke mana aku tak tahu la…pi soru kot kat dewan makan atau beredar erus kemajlis kat tempat lain pulak. Kita faham jadual dia memang padat. Pada ketika inilah Allah takdirkan satu kejadian yang luarbiasa berlaku. Dengan tak semena2 langit jadi gelap. Gumpalan awan hitam tiba2 saja berkumpul betul2 atas kepala kami. Hujan kasar mula menyiram. Macam siraman air menyurai penunjuk perasaan perhimpunan “bersih” tempoh hari.

Diikuti angin kencang yang berputar2. Sekelip mata bumbung sebelah pentas utama habis diterbangkan. yang tinggal hanya tiang kerangka besi. Penonton bercempera lari menyelamatkan diri masing2.

ada yang cedera....

Tak habis setakat itu, beberapa batang pokok besar sekitar kem turut sujud menyembah bumi. Aku tak nampak apa yang berlaku di luar ke kem. Aku perasan memang banyak kenderaan yang diletakkan di sepanjang laluan masuk ke kem. Semuanya berlaku dengan pantas.

Hujan tiba2 reda. Ribut tiba2 hilang. Aku memberanikan diri keluar buat tinjauan bersama ramai yang lain.

tumbang...

Ohh.. syukur tak ada yang cedera parah. Adalah seorang dua yang calar2 kena zink melayang dan genting pecah yang jatuh. Tak ada yang patah2. Tapi suasana masih cemas. Ambulan Pertahanan Awam dan dari Hospital PD menjerit2 datang. Membawa yang cedera ke hospital. Aku cuba hubungi 2 orang anak2 aku yang terpisah semasa mengambil perlindungan tadi. Aku yakin mereka selamat, cuma nak pastikan dimana mereka berada. Keadaan terlalu sesak . Aku tak nampak mereka. Aku cuba call tapi line Maxis sudah “KONG”. Aku pakai Celcom. Aku boleh call keluar tapi anak aku tak terima. Bila mereka cuba call aku, yang aku dapat hanyalah auto mesej miss call. Waduh…… gawat banget!! Jadi aku belajar satu hikmah di sini. Jangan terlalu yakin dengan kehebatan teknologi komunikasi yang ada. Semuanya boleh lumpuh dan jadi tak bermanfaat langsung dalam keadaan yang Allah tak izinkan. Jadi yakinlah kepada yang kuasa yang Maha Hebat, bukannya teknologi ciptaan manusia.

Sebaik keadaan reda, aku kumpulkan anak2 dan isteri kat perkarangan mesjid kem. Kita merangka aktiviti seterusnya setelah berjaya melalui ujian Allah sebentar tadi. Setelah bergambar kenang2an dan makan2 apa yang patut, kami mendoakan keselamatan buat anak sulong aku yang kini sudah bergelar perajurit muda. Kami pun teruskan perjalanan….

tenggelam

tenggelam....

anak belum bangun tidor...

anak belum bangun tidor...

terbeliak

terbeliak...

otw balek....berehat sekejap kat medan ikan bakar terapung sg baru melaka

Share on Facebook

Share

2 comments - What do you think?  Posted by mhdyusof - August 1, 2011 at 3:08 pm

Categories: Peristiwa   Tags: , , , , , , ,

16 Dead in Malaysia Orphanage Landslide

Sumber: VOA News May 22, 2011

Muslims lower bodies of victims who were killed in the Saturday's landslide during a burial in Hulu Langat in central Selangor state, outside Kuala Lumpur, Malaysia, May 22, 2011

Abang lihat adik tertimbus

awie

SEPANG 22 Mei – Seorang abang tidak dapat melupakan detik-detik melihat adik bongsu dan rakan-rakannya tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felda Semungkis, Batu 14 di Hulu Langat, petang semalam.
Mohd. Awie Abdul Latiff, 12, ketika menceritakan kejadian itu berkata, dia bingkas berlari menyelamatkan diri selepas mendengar jeritan rakan-rakan senior namun adiknya, Allahyarham Mohd. Riezman, 9, tidak berbuat demikian kerana menunggu dua lagi rakannya sebelum mereka terperangkap di bawah runtuhan tanah.
“Saya sempat lari tapi Iman (Mohd. Riezman) tunggu kawan-kawan dia, masa itu seorang abang suruh kami lari,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil hari ini.
Dalam kejadian itu, sepupu Mohd. Awie, Muhammad Kamarul Amizan Johari, 11, atau dikenali sebagai Boboy turut meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Menceritakan kejadian sedih itu, Mohd. Awie berkata, dia cuba mengorek tanah untuk mencari adik bongsunya dan Boboy selepas runtuhan itu namun dihalang oleh anggota polis yang mengarahkannya menjauhi tempat kejadian.
“Walaupun tak sempat menyelamatkan Iman, saya bersyukur kerana dapat memenuhi permintaan arwah yang mahukan hadiah jam tangan dan minyak wangi semasa hari lahirnya Januari lalu.
“Saya membelanjakan RM56 untuk membeli jam tangan `Ben 10’ dan minyak wangi yang dibeli melalui seorang rakan senior. Iman sangat gembira dan selalu memakai jam tangan itu,” kata anak kelima daripada enam beradik yang sudah kematian bapa.
Murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Dusun Tua itu memberitahu, ibunya, Intan Anisah Alang, 40, mahu mengeluarkannya dari rumah anak-anak yatim tersebut dan tinggal semula bersama keluarga di Taman Bukit Mewah, Kajang.
Sementara itu, Intan Anisah ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, arwah anaknya itu sempat menghantar kad sempena Hari Ibu baru-baru ini bertulis `Selamat hari ibu, sayang ibu’.
“Sudah hampir setahun saya tidak bertemu dengannya. Kali terakhir kami berjumpa adalah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
“Dalam pertemuan itu, Iman sempat menghadiahkan sehelai tudung kepada saya. Dia juga hadiahkan kad hari ibu yang cukup bermakna buat saya,” katanya yang bersyukur abang Iman terselamat dalam kejadian itu.
Jenazah kedua-dua sepupu itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jenderam Hilir selepas solat Zuhur.
Sumber : Utusan Online
Share on Facebook

Share

Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - May 23, 2011 at 11:31 pm

Categories: Peristiwa   Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Share this Article
Share on FacebookThis is the home page.Bestwebskill Training Services – PG (002060530-U)0
Share
StatPressVisits today: 84
Who's Online

2 visitors online now
0 guests, 2 bots, 0 members
Map of Visitors
Powered by Visitor Maps

« Previous Page