why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Santapan Rohani

Jangan Tunggu Hingga Jatuh Susah….

kecewa dalam hidup

Renung2kan….

Saya pernah menerima email dari prospek yang nadanya

penuh kekecewaan. Penuh dengan rasa berputus asa.

Seolah2 dunia telah berakhir. Ada yang dan

terlanjur sehingga tergamak megeluarkan kata2 yang  tidak

selayaknya di pertuturkan terhadap Maha Pencipta dan

Maha Pemberi Rezeki.

Semua ini terjadi akibat himpitan hidup.

Manakan tidak… kerja dah tak ada…pendapatan dah terputus..

keperluan kehidupan terus meningkat…duit simpanan dah kering…

anak2 makin membesar… badan pula ditimpa penyakit…

umur makin tua… hidup serba sempit dirasakan.

Dalam keadaan  begini ramai yang akan hilang pedoman.

Ramai yang mula menyesali nasib sendiri. Ramai yang putus asa.

Ramai yang menghina2 diri. Tak kurang  juga yang terus

menyalahkan takdir. Malahan ada yang memilih untuk

menggadaikan aqidah dan memperdagangkan agama.

Saya pernah menerima email dari seorang hamba Allah

seorang muslim yang hina lagi terdesak sehingga

berani memaki hamun Maha Pencipta. Sangat tidak wajar

perbuatan ini. Silap haribulan , boleh rosak aqidah. Apa yang

dia mahu? Tak lain melainkan mahu keluar dari kesempitan hidup.

Dia beralasan mengatakan Allah tidak berlaku adil kerana

menjadikan kehidupannya susah dan hidupnya melarat….

Kepada manusia yang sudah sampai ke tahap ini, saya jadi

tawar hati untuk menawarkan apa jua peluang untuk dikongsi.

Saya nasihatkan agar dia bersyahadah semula dan

bermuhasabah sementara nyawa belum sampai ke halkum.

Mudah2an taubatan Nasuha diterima. Insya Allah diterima

atas sifat Allah yang Maha Pengampun. Jangan sekali kita

berputus harap dengan rahmat Allah.

Khuatir akan perkara seperti berlaku, maka saya cadangkan

dan mempelawa anda melihat peluang2 berikut untuk

mengubah nasib dan masa depan keluarga kita. Ambillah

peluang ini sementara kita belum ditimpa kesempitan.

Apa guna peluang datang apabila kita sudah terlalu tersepit

dan sudah tidak mampu membuat keputusan apa2…

Jika duit yang ada pun belum tentu cukup untuk makan minum,

dalam keadaan begini apa peluang yang boleh kita ambil?

Memanglah dalam keadaan “tak berdaya” begini selalunya

kita akan berkata “Oh… Alangkah baiknya peluang itu…..”

Namun kita sudah tidak mampu berbuat apa2…

Untuk peluang niaga Monavie (Saya sebut nama tanpa selindung)

Cuba pilih bisnes ini. Ia boleh dilakukan secara offline dan

juga secara online.

http://mvcombo.com

Jika anda ingin lakukannya secara online tapi kurang mahir

tentang cara2 menjalankan perniagaan online, saya jemput

datang belajar dengan saya. Malahan saya berikan pertolongan

PERCUMA setelah anda memilih untuk menyertai saya dalam

Monavie Pakej Combo. Dah jimat RM390!!

Anda fikir ada orang lain sanggup berikan tawaran begini?

Mungkin TIDAK…..

Ini link ke Bengkel Belajar Perniagaan Monavie Online.

http://bestwebskill.com

Mudah2an coretan saya hari ini ada meninggalkan sedikit

kesan dalam membantu kita membuat keputusan berani

demi membawa perubahan kepada kehidupan.

Saya sendiri sedar bahawa selama ini kita hidup dalam ‘kebiasaan’.

Apa kata kita cuba sesuatu yang diluar dari ‘kebiasaan’ tersebut.

Jika Allah izinkan nescaya JADI….

Jika Allah tak izinkan, JANGAN pulak kita salahkan takdir ya!

Ingat tu…..

gambaran sebuah keluarga bahagia

Salam Kejayaan

Abg Chob

017-4769953

Share on Facebook

Share

Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - March 1, 2012 at 11:05 am

Categories: Santapan Rohani   Tags:

Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan AKAN BERJAYA?

Artikel pilihan:

Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan
AKAN BERJAYA?

Oleh: Irfan Khairi

Saya ada baca buku ini yang agak menarik “The Outsider’s Edge” oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!

Dalam buku tersebut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.

Mengapa mereka yang dalam keadaan susah dan tertekan, akan berjaya?

Jawapannya- the Outsider’s Edge.

Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.

Dari perkataan “Outsider” menunjukkan mereka yang “diluar”…

Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.

Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.

Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider’s Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

Share on Facebook

Share

Be the first to comment - What do you think?  Posted by mhdyusof - February 3, 2012 at 1:01 pm

Categories: Santapan Rohani   Tags:

Antara “Ayat Promosi” dan Realiti

Salam rakan2 budiman. Selamat meneruskan pengisian Ramadhan.

Kebelakangan ini saya menjadi bertambah teruja dengan tawaran2 peluang buat duit di Internet. Ayat2 power yang digunakan dalam mempromosi produk dan program yang ditawarkan memang cukup hebat. Bisa “cair’ dibuatnya. Saya rasa sasaran yang paling terkesan dengan pujukan dan dendangan syahdu ini sudah tentunya mereka yang baru pertama kali mendengarnya. Kalau saya sendiri yang dah bertahun2 bergelumang dengan hal2 begini pun boleh jadi asyik dibuai kisah2 kejayaan dan pencapaian cemerlang yang di muatkan di segmen testimoninya, apatah lagi halnya dengan orang yang baru nak berjinak2 dengan perniagaan berangkai. Sudah tentu lentok habis dibuatnya.

rumah mewah ada kolam mandi

rumah mewah ada kolam mandi

Saya tak bermaksud mempertikaikan maklumat yang dihidangkan itu. Tidak dinafikan kebenarannya ada. Faktanya bukan rekaan. Memang ada yang mampu memiliki rumah mewah siap dengan ada kolam mandi lagi, ada yang mampu memiliki kereta mewah bukan sebuah tapi beberapa buah. Boleh betukar selera dan citarasa saban hari. Ada yang memaparkan penyata bank dan penyata pendapatan yang angkanya nampak menggerunkan pada pandangan orang yang berfikir, namun pasti mengujakan fikiran orang yang mengharapkan bulan jatuh keribaan. Dan saya juga pasti lebih ramai yang memilih untuk “mengharap” dan berkhayal berbanding mereka yang berfikir. Tak dapat jadi kaya, dapat “feel”nya pun jadilah…. Itulah kesan “Ayat Promosi” yang menjadi senjata utama dalam apa saja perniagaan yang melibatkan rangkaian tak kira samaada online atau off.

Berapa ramai yang mampu memandang “menembusi” screen tersebut? Di belakang tabir sana apa sebenarnya? Mungkin realitinya hanya berkocak dan berkecamuk dalam minda tuan yang empunya diri sahaja. Besar periuk besarlah keraknya. Kalau dah bergelar jutawan dan dikenali sebagai jutawan tak kan mahu tinggal di rumah teres lagi? Paling lekeh pun cari lot banglo. Kalau tak di Bukit Damansara pun mungkin kat Rawang atau Batang Berjuntai. Janji banglo! Kompaun mesti besar sebab nak muatkan 3 atau 4 buah kereta mewah. 4WD lagi. Motor besar lagi. Pendek kata gaya hidup mesti sesuai dengan status.

Kompressor

Tapi yang empunya diri tak akan cerita pada kita berapa jumlah installment rumah dan 4 buah keretanya yang terpaksa ditanggung setiap bulan. Setiap buah kereta mewah tu pulak harganya dah mencecah atau mungkin lebih mahal dari harga banglo itu sendiri. Kalau nak dikatakan semuanya siap bayar cash….hmmm mungkin berat kepada tidak kot…. sebab orang jarang2 meletakkan pelaburan tunai yang besar kepada aset mobile seperti kereta sebab susut nilainya yang pantas. Rumah mungkin kot… tapi cuba fikir2kan semula, orang kaya ni banyak sangat ke modal tunai? Mungkin ya mungkin tidak….
Dari banyak pemerhatian, aku rasa, segala “kemewahan” yang ditonjolkan itu lebih kepada keterpaksaan dan bertujuan untuk digunakan sebagai “scissors” untuk “memotong kepala” lebih ramai peserta2 baru. Tapi ini hanya pandangan saya saja…. mungkin iya mungkin salah. Saya sendiri pun belum pernah merasa jadi jutawan. Belum pernah diuji dengan duit sebanyak 1 juta.

rolex

Rolex Made in Thailand?

Apa pun hal ini bukannya satu yang negatif. Dengan adanya scissors, jualan boleh mencanak secara exponential sebab orang lebih mudah yakin bila melihat bukti fizikal. Baru saja nak buka cakap, prospek dah tanya kat mana nak sign? Ini lumrah manusia. Jadi tidak ada salahnya scissors digunakan sebagai senjata jualan. Yela kita kena acknowledge… kawan kita pernah lalui zaman susah sebelum sampai ke tahap mampu membina scissors sendiri, dia tentunya telah bertungkus lumus pagi petang siang malam membuat prospecting, cold canvasing dan closing. Itu bagi yang buat bisnes secara tradisi atau offline. Bagi yang buat secara online pula, mungkin dah berpuluh2 ribu modal dah dihabiskan untuk berkursus bina website dan promosi berbayar di Google Adwords, Facebook atau akhbar online. Entah berapa banyak airmata yang telah tumpah. Yang pastinya mereka telah berusaha walaupun faktor nasib ada memainkan peranan juga. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pepeh tidak datang melayang. Apa salahnya sekarang mereka menuai hasil pelaburan masing2. Asal saja mereka bijak menguruskan kekayaan masing2.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah:
1. Ayat promosi bunyinya memang mengancam, namun realiti disebaliknya tidak seindah yang dipamerkan. Nama pun promosi ya? Macam iklan biskut cap harimau la…Biskut Tiger!!!. lepas kunyah secubit biskut terus jadi kuat macam harimau… hehe. Nasib baik iklan Tongkat Ali atau Viagra tak dibenarkan kat TV.  Saya tak tahu lah…. apa kan jadi. mahu pecah screen TV tu rasanya yer! Maklumlah kuat pukulannya!!

2. Jangan jadikan kejayaan Top Figure atau Top Producer sesuatu product atau program sebagai kayu pengukur dalam kita membuat penilaian dan keputusan. Dikhuatiri kita akan mengalami kejutan electron apabila menyedari apa yang diimpikan tidak tergapai tangan.

3. Buat penilaian berdasarkan minat, kecenderungan dan kemampuan diri sendiri. Mengapa? Tak boleh ke aku nak kaya macam mereka? Boleh…. tapi jika kita buat sesuatu berdasarkan minat dan kecenderungan, bisnes boleh bertahan lama. Faktor masa ini penting untuk melihat hasil tuaian kita. Tidak ada jalan pintas. Jadi kena bertahan la… jika tak ada minat dengan apa yang kita buat, macam mana nak bertahan? Tak gitu?

4. Perkemaskan diri dengan pengetahuan produk yang relevan. Cth Jika kita nak jual insurans, pastikan semua terms bagi setiap plan yang kita nak cadangkan kepada prospek semuanya ada dalam kepala dan boleh cerita dengan lancar tanpa perlu rujuk kertas berkajang2. Petik jari jer idea bernas semua keluar. baru orang confident.

5. Pilih pendekatan yang sesuai dengan sifat semulajadi diri sendiri. Jika anda dari jenis yang suka bercakap banyak dan merasakan lebih yakin membuat jualan secara 1 on 1 tabletalk, teruskan dengan cara tersebut dan lihatlah hasilnya yang pasti menggalakkan. Namun jika anda lebih suka isolated tapi anda sedar akan adanya satu lagi medium pemasaran alternatif yang hebat iaitu Internet, maka anda perkemaskanlah diri dengan set ilmu pengetahuan yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Dengan memanfaatkan Internet, anda sebenarnya boleh jimatkan baaaaaanyak masa, jimatkan baaaaanyak kos transport, jimatkan baaaaaanyak air liur, jimatkan baaaanyak pergerakan fizikal. Anda hanya perlu laburkan sedikit masa dan sedikit modal untuk berguru dengan orang yang benar2 serius mengajar supaya anda mampu membina website jualan sendiri seterusnya mampu melakukan promosi online dengan berkesan. Anda boleh pilih platform yang sesuai samada ingin membina kedai maya (website jualan) anda atas domain sendiri atau boleh juga dibuat di atas platform percuma seperti di Facebook atau di blog WordPress contohnya.

jom bina kedai maya

jom bina kedai maya di facebook

Saya sangat2lah mencadangkan anda cuba kuasai ilmu pemasaran online ini kerana hakikatnya inilah trend busines masa hadapan. Tak kira samada anda suka ke tidak, angin perubahan tetap bertiup kencang masuk menerusi jendela terus ke dalam rumah anda. saya sudah membayangkan dalam sedikit masa saja lagi, akan ada satu laptop dalam setiap rumah. Surirumah hanya memesan ikan dan sayur melalui laptop di penjuru dapur. Pada masa itu online business bukan lagi sesuatu yang luarbiasa…….

www.abgchob.com
www.facebook.com/smartbook

Share on Facebook

Share

5 comments - What do you think?  Posted by mhdyusof - August 25, 2011 at 5:37 pm

Categories: Santapan Rohani   Tags: , , , , , , , , , , , ,

Share this Article
Share on FacebookThis is the home page.Bestwebskill Training Services – PG (002060530-U)0
Share
StatPressVisits today: 27
Who's Online

2 visitors online now
0 guests, 1 bots, 1 members
Map of Visitors
Powered by Visitor Maps

Next Page »