why
Mengapa BESTWEBSKILL.COM?
 
?

Soalan2 Lazim

S: Berapa hari kursus website Abg Chob ni?
J: Saya padatkan kepada HANYA satu hari sahaja. Saya telah temui teknik mengajar yang paling berkesan dan pantas. Penyampaiannya mudah dan kefahamannya juga mudah. Tidak terbatas kepada peringkat usia dan pengalaman IT.

S: Kat mana tempatnya?
J: Saya buat kursus di rumah saya sendiri di alamat Taman Serai Setia, Padang Serai Kedah. Tak  payah sewa hotel dan dewan latihan. Sebab tu saya caj HANYA RM300…

S: Siapa yang patut hadir?
J: Siapa2 saja yg ingin menimba ilmu website dan marketing online.

S: Saya dah pencen dah…boleh ke belajar website?
J: Saya dah ajar berpuluh2 orang yang dah pencen. Malah ada yang dah 15 tahun pencen. Janji hati mahu… Itu bukan alasan.

S: Saya tak pandai guna laptop, email pun tak pandai hantar?
J: Kalau rasa dah pandai tak payah lah datang ke bengkel saya lagi….)):

S: Saya laptop pun x ada, boleh belajar ke?
J: Asalkan ada semangat mahu belajar, saya boleh pinjamkan laptop peribadi saya.

S: Saya kena beli domain ke?
J: Kalau ada domain sendiri lagi bagus, kalau tak nak beli pun x apa. Boleh pakai Platform PERCUMA.

S: Platform PERCUMA? Apa bendanya tu ?
J: Nak tahu kena hadir bengkel la….

S: Mesti beli Domain GDI ka baru boleh belajar website?
J: Banyak pembekal domain dan hosting di pasaran. Pilih saja mana satu.Tak semestinya beli domain dengan GDI saja..

S: Saya dah ada domain sendiri. Boleh ke saya pakai domain saya sendiri?
J: Mengapa tidak? Kalau dah ada buat apa nak beli lagi? Terus pakai jer…

S: Jadi berapa kos keseluruhan utk hadir kursus website dengan Abg Chob?
J: Yuran kursus RM300. Itu sahaja.

S: Ada kos2 tersembunyi?
J: Tak ada. Kalau nk beli domain sendiri kosnya USD10. Jika dah ada domain sendiri tak payah beli lagi.

S: Ada yg kata Abg Chob cuma nak kembangkan rangkaian GDI saja?
J: Saya dah jelaskan tadi, kalau tak nak beli domain GDI pun tak mengapa. Malahan kalau tak nak beli domain terus pun tak apa. Kita masih boleh buat website pakai platform FREE.

S: Abg Chob masih aktif GDI ke?
J: Saya masih kekal menggunakan domain GDI hingga ke hari ini memandangkan kualiti servernya yang sangat stabil. 99.9% uptime. Saya sungguh berpuashati. Jadi jika saya mahu rekomen rakan2 untuk beli domain dan hosting, sudah tentu saya syorkan yang terbaik mengikut pengalaman saya sendiri. Sudah tentu GDI. Tapi anda yang tentukan pilihan anda.

S: GDI saja ke Abg Chob? Peluang bisnes lain x ada ke?
J: Ada….Apa pulak tak ade… GDI tu cuma satu pilihan dan secara kebetulan pula saya join GDI. Sebenarnya banyak lagi peluang bisnes yg lain. Tapi jangan salah pilih. Nanti poket kontang. Datanglah belajar cara nak pilih bisnis online. Saya boleh beri tunjukajar.

S: Saya cadang nak datang naik bas. Macammana  ?
J: Mula2 ambil bas ke Bwoth. Turun bas express di stesen Bworth, ambil pulak bas Cityliner no 52. Bas tu terus ke Padg Serai. Sampai depan stesen Petronas Pdg Serai. Turun dan call  saya. 0174769953 Abg Chob.

Ada apa2 soalan nak tanya lagi? Kebanyakan soalan saya dah sediakan jawaban dalam halaman utama http://bestwebskill.com

Kalau masih tak jumpa jawabannya sila email kepada saya.
Abgchob@gmail.com

Share